Monday, August 30, 2021

'Lafaz taklik halang isteri suntik vaksin COVID-19' Sila rujuk ''yang ahli'..

 

'Suami lafaz taklik halang isteri suntik vaksin COVID-19' - peguam

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki tergamak melafazkan taklik terhadap isterinya, bagi menghalang pasangan hidupnya itu daripada mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Tindakan lelaki terbabit kini menimbulkan persoalan kepada hubungan pasangan berkenaan, apabila isterinya sudah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin di luar pengetahuan suaminya.

Suri rumah berkenaan menghubungi seorang peguam syarie bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pengesahan, sama ada taklik dilafazkan suaminya sah atau sebaliknya.

Peguam syarie, Maryam Wafda Kamilen, daripada Tetuan Wafda Kamilen & Associates, ketika dihubungi mengesahkan menerima pertanyaan daripada suri rumah berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada suri rumah berkenaan, suami isteri terbabit adalah pasangan jarak jauh dan kejadian itu berlaku semalam.

Katanya, suri rumah terbabit mengakui sudah mengambil suntikan vaksin dos pertama tanpa pengetahuan suaminya pada Selasa lalu.

"Bagaimanapun, ketika berbual menerusi telefon mengenai pengambilan vaksin, suami kepada suri rumah itu melarang isterinya daripada mendapatkan suntikan pelalian berkenaan dan jika mengambilnya juga, akan jatuh taklik.

"Kata-kata suaminya itu merisaukan wanita terbabit yang kemudiannya menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepastian sama ada taklik dilafazkan suaminya jatuh atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Maryam Wafda yang turut mengesahkan kes itu bukanlah kali diterima firma guamannya, berkata suri rumah itu diminta merujuk kes berkenaan kepada mahkamah syariah untuk pengesahan.

Katanya, sekurang-kurangnya tiga dan empat kes berkaitan dengan isu sama diterimanya, sejak penularan pandemik COVID-19 dan saranan kerajaan supaya seluruh rakyat mendapatkan suntikan vaksin sebagai perlindungan terhadap pandemik itu.

"Kami bersedia menawarkan perkhidmatan kepada semua suri rumah yang berhadapan dengan situasi itu.

"Kami menyarankan suri rumah yang berdepan dengan situasi berkenaan agar segera memfailkan kes itu di Mahkamah Syariah," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kerana kita berada dalam agama yang mulia, benar dan indah. Dalam Islam tiada masalah yang tiada jalan selesai. Semuanya ada jalan selesai. Kita ada ulamak atau bahagian agama yang boleh selesaikan semua masalah. 

Cuma rujuklah kepada yang ahli. Bukan masalah umat Islam pergi rujuk kepada pemimpin parti yang anti Islam. Itu tak betul, kerja bodoh jahilliah!


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails