Thursday, September 02, 2021

Siasat Pembangkang terima dana NED (AS) sejak lebih sedekat? -N/Presiden PAS

 

Terima dana asing undang bahaya masa depan negara

KOTA BHARU: Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan pembangkang menerima dana dari National Endowment for Democracy (NED), badan berpangkalan di Amerika Syarikat sejak lebih sedekad lalu.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan tersebut merupakan salah satu cubaan campurtangan asing dalam urusan pentadbiran negara yang membawa banyak keburukan berbanding kebaikan.

“Saya tidak pasti cerita ini, sudah lama, cuma tidak tahu kebenaran dakwaan ini. Jadi elok pihak berkuasa boleh membuat siasatan bagi memastikan dakwaan itu benar atau sebaliknya kerana ia didakwa berlaku di negara kita.

“Sebab ini secara tidak langsung merupakan campurtangan dalam negara kita dan sangat bahaya kepada masa depan, kedaulatan dan keselamatan negara. Kita harap pihak berkuasa beri perhatian perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bangunan Mabna Membangun Bersama Islam (MBI) di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Ni Ching menafi berhubung dakwaan pembangkang menerima dana asing.

Isu tersebut dihangatkan apabila seorang aktiviti serta Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong meminta Pakatan Harapan (PH) menjelaskan pembiayaan itu dari agensi dari AS itu.

Sebelum itu isu sama didedah bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Dato’ Mohd Salleh Ismail yang mendakwa ada pemimpin politik menerima bantuan dari agensi luar negara bagi kelangsungan politik. – HARAKAHDAILY 1/9/2021

Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

1 comment:

Anonymous said...

Dana asing ni macam suntik racun dlm badan. Matinya induk slowly slowly. Yg bawa racun tu macam ular. Berlengkau tunggu masa nak patuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails