Saturday, September 24, 2011

Mel Wings, Di Malam Kesenian Islam, S'ngorKu Tg Karang

HALAMAN HIBURAN

KL 24 Sept 11: Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu.

Beliau dijemput menghadirkan diri dalam Program KARNIVAL SELANGORKU yang akan diadakan di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang pada 29 Sept hingga 4 Oktober 2011. Acara 'Malam Kesenian Islam' pada 29 Sept itu diisi dengan pementasan teater berjudul 'Alam Barzah' oleh Kumpulan Nusantara.

Meneliti pengalaman hidupnya, katanya, "Selepas meninggalkan dunia nyanyian, saya selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat.

"Selain itu, saya juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial," kata bapa kepada penyanyi remaja Ikhwal ini.

Mengulas tentang kemunculannya dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya baru-baru ini, Mel berkata:

"Saya menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana saya pernah bersama Wings satu waktu dulu.

"Namun, ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Saya selesa dengan kehidupan sekarang."

Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat.

Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan.

Jika anda ingin menemui beliau datanglah beramai-ramai ke..

Malam Kesenian Islam
Pementasan teater berjudul 'Alam Barzah'
di KARNIVAL SELANGORKU
Diadakan di Padang Astaka Dato' Hormat,
Tanjung Karang
Pada 29 Sept - 4 Oktober ini.

Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Datanglah beramai-ramai, tidak kir apa parti pun..
Percuma!

Kepada Blogger-blogger.. Tolong hebah dan panjangkan!!

Juga Karnival Selangorku...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails