Monday, September 19, 2011

HAMAS Mahu PBB Iktiraf Wilayah Palestin

PARA aktivis Palestin, Israel dan wanita asing berhimpun di Ramallah, Tebing Barat kelmarin untuk memberi sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin.

BANDAR GAZA 18 Sept 11: Pergerakan Hamas yang mentadbir Tebing Barat semalam menyatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya mengiktiraf sebuah negara Palestin termasuk tanah yang kini menjadi negara Israel.

Desakan itu dibuat selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berlepas ke New York untuk mengemukakan permohonan kepada PBB supaya Palestin menjadi sebuah negara berdasarkan sempadan dengan Israel sebelum Perang Enam Hari berlaku pada 1967.

Pemimpin Hamas, Khalil al-Hayya berkata, pihaknya meminta pengiktirafan semua wilayah Palestin sebagai sebuah negara.

Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang mentadbir Tebing Barat.

Khalil juga mendesak masyarakat antarabangsa supaya melakukan desakan bagi memastikan pelaksanaan resolusi antarabangsa dipatuhi.

Israel dan Amerika Syarikat menentang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails