Sunday, September 18, 2011

Exco S'ngor, Datuk Dr Hasan Ali Sertai UMNO?

Hassan putu mayung ka... Bukan Hasan Ali

KL 18 Sept 11: Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno. Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno. Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut. Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya. (IH/Malaysiakini)

2 comments:

Anonymous said...

Dari sumber sahih yg kita perolehi....hassan ali dan beberapa individu besar dlm pas menunggu masa yg sesuai utk buat pengumuman keluar parti....ia bagaikan letupan bom atom dlm kepimpinan pas...MB kedah juga sudah semakin goyang.....mereka mendakwa pas sudah menjadi semakin SEKULAR dari umno....semakin mabok utk berkuasa...sedangkan kuasa sebenarnya ada ditangan DAP dan PKR...golongan anwarinas yg sedang menguasai pas hari ini sebenarnya adalah pengikut yg beraliran pluralisme , wahabi dan percaya bahawa dgn menggadaikan asas perjuangan pas utk islam yg tueln sahajalah jalan mencapai kuasa putrajaya.....maka benarlah kata kata yg didakwa dlm ceramah mereka baru baru ini...parti islam semalaysia semakin bertukar ke parti aliran sekular p.a.s.....setelah golongan ulamak dicampak keluar dari saf kepimpinan pas yg baru....kita tunggu perkembangannya nanti....tok zizan MB kedah sgt dukacita dgn pwrkembangan ini malah beliau sanggup kluar parti demi islam...

Anonymous said...

Cantik komen ni. Jelas dari balaci BN lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails