Friday, September 23, 2011

Kenyataan TPM Jelas UMNO Tolak Hudud


KL, 23 Sept 11: Jelas UMNO tidak mahu laksanakan hukum hudud, bila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang, walaupun ia sebahagian daripada Islam. Begitu pandangan Weblog Ibnu Hasyim mengenai kenyataan beliau itu.

Kata TPM itu lagi, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.

“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.

“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno.

Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

“Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud,” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau.

Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

Menurut Weblog Ibnu Hasyim, "Alasan TPM itulah yang diberikan UMNO sejak merdeka lebih setengan abad lalu, semasa zaman Allahyarman Tengku Abdul Rahman lagi. Tetapi sebenarnya ialah kerana parti UMNO ialah parti yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan (Fasal 3 Perlembagaan) bukan macam parti PAS yang memperjuangkan dasar Islam (Fasal 3 Perlembagaan PAS). Tak usah temberang UMNO, itu sudah jelas!" (IH

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anti Pemimpin Otak Kemetot said...

“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno.
----------------------------
Kemetot sungguh rupanya pemikiran TP UMNO ini. Bagaimana dengan undang-undang dan segala akta yang digubal menerusi parlimen selama ini, adakah telah disebarluaskan dan rakyat majmuk Malaysia memahami semuanya sebelum dilaksanakan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails