Thursday, September 22, 2011

Lelaki Tak Boleh Jual Pakaian Dalam Wanita Di Saudi

Ai, sampai begini nak mmbeli pakaian dalam wanita..
Jeddah: Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah, mengeluarkan arahan mewajibkan kedai menjual pakaian dalam wanita hanya boleh menggaji wanita tempatan. Langkah itu dibuat bagi menangani isu pengangguran yang tinggi di kalangan wanita negara itu.

Agensi berita SPA melaporkan, kerajaan turut mengenakan syarat sama di syarikat pengeluar ubat-ubatan. Sejak lama dulu, wanita Arab Saudi memang merungut mengenai kesukaran mereka membeli pakaian dalam di kedai yang dijaga pekerja lelaki.
Aktivis hak asasi wanita, Fatima Garub, menyambut baik keputusan Abdullah dan berpendapat ia mampu membuka kira-kira 6,000 ruang pekerjaan untuk wanita Arab Saudi. “Mulai hari ini (beberapa bulan lepas), wanita tidak lagi dimalukan.“Terima kasih kepada kerajaan yang mengambil keputusan dinanti-nantikan ini,” katanya.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails