Saturday, September 24, 2011

Hudud: DAP Gesa Mesyuarat PR.. Boleh Selesai

Nik Aziz & Karpal Singh

KL, 24 Sept 11: DAP menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud yang muncul semula awal minggu ini. Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Dipetik Bernama hari ini, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Sementara itu, di Ipoh semalam Datuk Ngeh Ko Ham (gambar kanan), pengerusi DAP Perak itu berkata, “Tidak kira undang-undang apa sekalipun yang ingin dilaksanakan, ia harus memberikan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.” Menurut Sinar Harian.

Menurutnya lagi, setiap agama mempunyai pelbagai tafsiran masing-masing berhubung undang-undang, justeru aspek keadilan perlu diberikan perhatian serius. Dalam hal ini tidak bermakna DAP menolak hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berhasrat menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya.

“Tidak kira sama ada sesuatu undang-undang itu menggunakan nama apa sekalipun, ia harus boleh memberikan keadilan kepada semua,” katanya. Beliau berkata, perkara tersebut telah diperjelaskan bahawa setiap undang-undang jenayah harus di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan satu perjanjian dimeterai untuk menerima perlembagaan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar kanan)berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kerana sehingga kini Pakatan Rakyat (PR) bersetuju membincangkan isu berkaitan penubuhan negara Islam.

“Dalam perkara tersebut ia tidak kelihatan hanya ingin memberikan fokus kepada hukum hudud semata-mata, malah semasa persidangan sebelum ini, Karpal Singh telah bersetuju untuk membincangkannya,” katanya.

Nizar berkata lagi, pelaksanaan konsep itu sebenarnya perlu diaplikasikan dalam konteks kerangka demokrasi politik sebenar.

“Di sini, kita bukan hanya memberi penekanan kepada pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas iaitu penubuhan negara Islam.

“Pelaksanaan hukum hudud hanya sebahagian daripada penubuhan negara Islam itu sendiri dan sehingga kini adakah seluruh orang sendiri benar-benar faham tentang konsep tersebut.

“Yang lebih penting kedudukan Umno sendiri bagaimana dan apa pandangan mereka terhadap perkara tersebut,” soalnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Insya Allah, boleh selesai. Tiad masalah. (IH)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails