Thursday, September 22, 2011

Calon Pakaan S'ngor: PKR 21, PAS 20, DAP 15

NONE

KL 22 Sept 11: Rundingan pembahagian kerusi antara parti gabungan Pakatan Rakyat di Selangor telah selesai dengan keputusan mengekalkan
status quo dalam pilihan raya umum lalu. Dengan itu, PKR akan kekal bertanding di 21 DUN, PAS di 20 kerusi dan DAP pula sebanyak 15 kerusi, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

"Pembahagian kerusi di Selangor sudah selesai... PAS masih beranggapan (untuk) berperanan (memenangi) undi orang Melayu," katanya.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid (gambar, kiri sekali) berkata, sebarang cadangan pertukaran tempat bertanding antara parti bergabung perlu dibawa kepada rundingan pimpinan tertinggi mereka.

Dengan pembahagian itu, Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS berharap parti Islam itu akan menang di semua kerusi yang ditandingi. "Sekurang-kurangnya kalau dahulu lapan (kerusi), kita (mesti) menang 12 atau 13 kerusi untuk memastikan kedudukan PAS lebih kukuh," katanya.

Manakala di kerusi parlimen pula, Khalid mendedahkan, terdapat cadangan supaya PAS bertanding lebih di kerusi negeri itu, bagaimanapun ia perlu diputuskan PAS Pusat. Sementara itu, mengulas pemilihan calon pilihan raya, Khalid berkata nama yang dicalonkan kawasan dan sayap parti sebelum tarikh akhir 31 Ogos lalu akan diserahkan kepada PAS Pusat hujung bulan ini.

"Kita akan majukan kepada Pusat untuk membuat penapisan dan pengesahan," katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails