Monday, September 26, 2011

Wanita Telanjang Dada Ini Sama Dengan Najib?

CATATAN SANTAI

BOLA sepak memang identik dengan sukan kaum lelaki. Jadi tidak berlebihan rasanya kalau dilihat ramai lelaki memenuhi sudut kota-kota di Ukraine dan Poland yang akan menjadi tuan rumah EURO 2012. Namun hal ini ditanggapi lain oleh aktivis hak asasi wanita Ukraine yang bergabung dalam FEMEN.

Bagi kumpulan wanita tersebut, EURO 2012 nanti berpotensi meningkatkan praktek prostitusi di negara mereka. Maka pesan ini cuba disampaikan oleh aktivis FEMEN melalui aksi protes dengan bertelanjang dada di pusat kota Kiev, Ukraine. Lihat gambar di atas, seorang wanita yang bergabung dalam FEMEN telah mengecat bahagian belakang tubuhnya dengan tulisan 'EURO-2012 without prostitution'

Mereka tidak mahu EURO 2012 dikotori oleh praktik prostitusi atau pelacuran. Aksi wanita tadi berpose dengan kad merah untuk menarik perhatian wartawan. Niat tidak mahu pelacuran tetapi bertindak dan berpakaian macam pelacur. Niat baik tetapi melalui cara yang salah. Lihat gambar depan pula..

Sebentar tadi, saya diberitakan di Malaysia, sekurang-kurangnya RM100 juta dari keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi “perbincangan rapat” bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.

Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.

“Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil,” kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.

Langkah kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India. Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India, yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah banyak pada pilihan raya umum 2008.

Selain Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam dari Westports. Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.

Jadi tertanya-tanya di hati saya, bolehkah mengejar cita-cita yang baik tetapi melalui jalan yang tidak baik? Mendidik anak untuk menjadi orang yang bertakwa dengan hasil wang judi haram? Samakah projek baik PM Malaysia, dengan wanita tadi, yang anti pelacur tetapi menggunakan gaya pelacur?

Samakah projek wanita telanjang dada tadi dengan projek pendidikan Datuk Seri Najib Razak yang kononnya baik??

Sekian, Wallahu aklam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
KL 26 Sept 11.

Sebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails