Monday, September 26, 2011

DAP Perlu Berfikiran Terbuka -Dr Hj Mohd Hasyim

Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing: Izinkan Kelantan laksanakan Hudud demi agama mereka.

KL 26 Sept 11: Parti politik DAP perlu berfikiran terbuka dengan membenarkan Negeri Kelantan melaksanakan hukum hudud yang menjadi kewajipan umat Islam untuk melaksanakan ajaran mereka sendiri. Demikian kata editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

"Kalau hukum syariat Islam yang lain sedang dilaksanakan oleh umat Islam boleh berjalan lancar tanpa mengganggu umat bukan Islam lain, mengapa dalam hal hudud tidak boleh?

"Hal ini boleh dirundingkan, dan orang bukan Islam boleh pilih untuk menolak. Contohnya dalam beberapa kes hukum syariah melibatkan bukan Islam. Hukum berzina atau khalwat melibatkan orang Islam dengan bukan Islam, orang bukan Islam terlepas.

"Apa salahnya beri peluang PAS melaksanakan ajaran agamanya, di buminya sendiri?" Jelasnya.


Hj Mohd merujuk kepada Ketua Bishop Katholik
Dr Paul Tan Chee Ing, yang berpegang kepada teori panjang meniti gelombang sejarah. Dr Tan berkata, 'adalah tidak bijak untuk mencegah umat Islam dari Syariah jika itu adalah apa yang mereka jelas mahu.'

Dr Paul Tan Chee Ing
yang juga ketua tituler Katolik di Melaka Johor, dalam ucapan yang dibuat to Malaysiakini bersetuju dengan pandangan bahawa Islam di atas semuanya.. Mengenai politik dan sokongan kepada hukum syariah yang hudud adalah sebahagian, adalah satu kewajipan bagi Umat Islam melaksananya..

Menurut
beliau lagi, sebagai seorang warganegara bukan Islam seperti beliau dan seorang pemimpin agama sepatutnya telah lama bersuara mengenai perkara ini. (lihat Wartashubhi: Izinkan Negeri Kelantan Laksanakan Hudud Demi Agama Mereka - Ketua Bishop Katholik).

Sebelum itu, di Ipoh Datuk Ngeh Ko Ham (gambar kanan), pengerusi DAP Perak itu berkata, “Tidak kira undang-undang apa sekalipun yang ingin dilaksanakan, ia harus memberikan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.” Menurut sumber Sinar Harian.

Menurutnya lagi, setiap agama mempunyai pelbagai tafsiran masing-masing berhubung undang-undang, justeru aspek keadilan perlu diberikan perhatian serius. Dalam hal ini tidak bermakna DAP menolak hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berhasrat menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya.

“Tidak kira sama ada sesuatu undang-undang itu menggunakan nama apa sekalipun, ia harus boleh memberikan keadilan kepada semua,” katanya. Beliau berkata, perkara tersebut telah diperjelaskan bahawa setiap undang-undang jenayah harus di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan satu perjanjian dimeterai untuk menerima perlembagaan.

Kata Hj Mohd Hasyim lagi, "Pemikiran Datuk Ngeh Ko Ham pengerusi DAP Perak adalah suatu contoh pemikiran terbuka pemimpin DAP." (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails