Thursday, September 29, 2011

PAS, Mufti & UMNO, Perlu Muzakarah -Tuan Ibrahim


KL, 29 Sept 11: PAS mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini.

Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.

“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Isu ini muncul kembali minggu lalu. Kerajaan negeri Kelantan menggerakkan hasrat mahu melaksanakan hudud pada 1993.

Kata Tuan Ibrahim, Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak.

Dipetik Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan, isu hudud bukan satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya.

“Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya,” kata beliau.

Semalam. Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menerima baik dan bersyukur dengan keputusan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu hukum hudud malam tadi. Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau menerima baik pendirian perikatan tersebut yang menghormati hasrat kerajaan negeri dalam isu berkenaan hukum hudud.

“Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat-sangat kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan,” kata beliau sambil menambah, pelaksanaan undang-undang itu tidak akan memberi kesan ke atas masyarakat bukan Islam.

Malangnya kata beliau, undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan buat masa sekarang sebab kerajaan pusat, didukung oleh Umno, “menghalang kami daripada berbuat demikian. (IH)

7 comments:

Ibnu Batuta said...

Haritu Nik Aziz cakap kalau DAP tak setuju boleh keluar Pakatan....Alih alih U turn..takot kat MR Sing ke?

Anonymous said...

Buang masa cakap dgn orang munafik mcm UMNO ni....

Anonymous said...

SOKONG

suara said...

sepatutnya muzakarah memang sepatutnya diadakan antara pemimpin islam untuk menemukan jalan terbaik. Tetapi, akhirnya tunduk kepada buku JINGGAlewak-jingkalak. Petualang punya DAP!..
p/s: sokong pas tapi tak sokong DAP.

Anonymous said...

tunggu je lah sape yang kene salahkan nanti..
putar punye putar last2 UMNO jgk yang kene salahkan nanti...
teknik biasa yang berkesan sampai sekarang...

Anonymous said...

haha

Ibnu Hasyim said...

"PAS, Mufti & UMNO, Perlu Muzakarah -Tuan Ibrahim" belum diadakan dah nak salahkan sesama sendiri. Apa punya UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails