Tuesday, February 25, 2014

Juara Raja Lawak Malaysia Abad Ini. Siapa?


SHAH ALAM - Lawak! Siapa sebenarnya menipu rakyat?  Jangan ingat rakyat tak bermaklumat. Begitu kira-kira kata Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, lapor Sinar Harian hari ini

"Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.
"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu... mana pergi janji tersebut?
"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.
"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.


Semalam menerusi satu kenyataan PM meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ke tangan mereka.

Elok  PM diberi penghormatan sebagai Juara Raja Lawak Malaysia Abad Ini.. Cadangan dari Weblog I/Hasyim.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

2 comments:

Anonymous said...

bro,wit brim lu dapat tak??
lu ade amik tak??

Anonymous said...

bro,wit brim lu dapat tak??
lu ade amik tak??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails