SHAH ALAM: Malaysia adalah antara 25 negara yang 
paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 
kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti 
Michigan.
Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu 
menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai 
kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang
 paling berbahaya untuk pemandu.
Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 
yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling 
berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang 
lapor M-Star Online.
Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya mencatatkan
 14 kematian, Perancis (tujuh), Jerman dan Singapura (enam), dan Britain
 hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.
Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.
Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian 
dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives 
yang mencatatkan dua kematian.
Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun. - Selangorkini

 
 

No comments:
Post a Comment