Monday, February 24, 2014

Samir Nasri & Yaya Toure, Bersahabat Luar Dan Atas Padang


Samir Nasri dan Yaya Toure bersahabat di luar dan di atas padang

SUKAN
INI kisah dua beradik sesama Muslim, 'emak lain, bapa asing-asing (pepatah Melayu)', yang beraksi dan bermain di liga Perdana Barclays. Terdapat pandangan menarik tentang tanggapan ukhwah antara pemain muslim yang tidak sedarah dan sedaging itu.

Samir Nasri, ‘midfielder versatile’ yang boleh diletakkan sama ada ‘midfielder’ menyerang, sayap dan tengah. Bermain untuk Manchester City dan negara Perancis, juga selalu dikaitkan sebagai jelmaan lagenda Perancis iaitu Zinade Zidane dalam corak permainannya. Beliau menyarung kit angka 8. Samir Nasri ialah salah seorang di antara puluhan pemain Muslim di liga yang paling kompetitif di dunia.
Samir Nasri menggayakan tulisan EID MUBARAK ketika meraikan jaringan bersama sahabatnya Yaya Toure.

Pemain ini sering memberi ekspresi terhadap dunia tentang cara hidupnya sebagai seorang muslim di atas padang. Sebagai contoh rangkaian kata Eid Mubarak di inner yang dipakainya ketika meraikan jaringan bersama rakan karibnya Yaya Toure.

Pemain berumur 27 tahun ini mengenali keluarga Toure semenjak beliau memulakan kariernya di Ligue 1 lagi ketika Yaya Toure beraksi di AS Monaco manakala beliau beraksi di Marseille sebelum melangkah ke United Kingdom dan beraksi untuk The Gunners(Arsenal).

Di Arsenal beliau bermain bersama abang kepada Yaya Toure, Kolo Toure dan tidak menafikan semakin mengenali susur galur keluarga Toure.  Bermula kempen 2011/2012 beliau memulakan harinya bermain di Manchester City, ketibaannya di Manchester City di susuli selepas ketibaan Yaya Toure yang berpindah dari kelab gergasi Sepanyol (Barcelona).

Samir Nasri menyatakan bahawa Yaya Toure yang menyambut ketibaannya di Etihad (Manchaster City). Perhubungan antara mereka lebih rapat kerana Yaya Toure mahir berbahasa Perancis, mungkin kerana pengalamannya beraksi di Ligue 1.

Kedua-dua mereka dilihat sering digandingkan bersama, kerana penguasaan di bahagian tengah merupakan elemen penting yang di garap oleh Manuel Pallegrini (Pengurus Manchester City musim ini).

Ruang untuk kesebelasan utama pastinya diisi dua pemain ini kecuali jika masalah kecederaan yang kerap melanda Samir Nasri semasa kempen musim ini. Samir Nasri meluahkan rasa kecewa kerana tidak menghasilkan jaringan ketika menetang Stoke City kelmarin tetapi tetap mengulas gembira dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan duonya Yaya Toure.
Duo midfielder yang paling berpengaruh dalam kempen liga Perdana Barclays  untuk musim ini 2013/2014

Hubungan atau ukhwah kedua pemain ini bukan sahaja di atas padang malah dalam kehidupan yang sebenar. Samir Nasri mengakui bahawa mereka saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain jika ada masa lapang. Samir Nasri mengakui beliau rapat dengan ketiga-tiga anak Yaya Toure iaitu Sydney, Ryan dan Yasmin kerana selalu bertemu mereka.

Timbul gurauan di kalangan rakan-rakan mereka dalam pasukan yang bertanya siapakah abang kepada Yaya Toure? Kolo Toure atau Samir Nasri? Begitulah ragam hidup kedua pemain profilik dunia ini, bukan sahaja bersama bermain di atas padang, meraikan jaringan malah menjalani kehidupan bersama dan mempunyai jalinan ukhwah yang cukup rapat di luar padang.

Semoga kedua-dua pemain ini sentiasa mendaki puncak karier yang gemilang serta mengeratkan lagi ukhwah antara mereka agar dapat dicontohi pemain muslim di seluruh dunia tentang bezanya berkawan dan berukhwah sesama Islam.

Pemain-pemain beginilah antara yang menjayakan konsep 'sukan asas perpaduan'..(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails