Monday, February 24, 2014

Himpunan Suara Orang Kampung 5 April Di Baling. Bantah Harga Getah!


KL: Pemuda PAS Malaysia akan turun beramai-ramai bagi menyokong Perhimpunan Rakyat Membantah Kemerosotan Harga Getah pada 5 April depan, di Baling, Kedah.

Menurut ketuanya, Suhaizan Kaiat, sokongan tersebut sebagai tanda solidariti Pemuda PAS kepada penoreh getah di seluruh negara yang sedang tertekan akibat kejatuhan harga getah yang teruk.

Perhimpunan anjuran PAS Kedah itu akan bermula jam dua petang dan dijangka berlangsung sehingga lewat malam.

"Perhimpunan ini mengambil masa yang panjang dengan pelbagai aktiviti dan peserta himpunan akan mengimbau perhimpunan mogok lapar semasa kejatuhan harga getah pada 1974 sehingga mendapat campur tangan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, Gerakan Suara Orang Kampung yang menggabungkan petani, penoreh dan nelayan akan dilancarkan pada 6 Mac depan di hadapan Bangunan Lembaga Getah Asli di Jalan Ampang, dekat sini.

Mereka akan berhimpun pada waktu makan tengah hari bagi menunjukkan kepada orang ramai mengenai tuntutan mereka kepada kerajaan agar menyelesaikan harga getah, padi dan masalah nelayan.

"Pemuda PAS juga akan bersama-sama gerakan ini sebagai simbolik kepada tuntutan golongan ini agar kerajaan segera mengambil tindakan berhubung isu ini," katanya lagi.

Sementara itu, Pemuda PAS mencadangkan kerajaan kerajaan memperuntukkan sejumlah subsidi kepda penoreh sebagai penyelesaian jangka pendek sementra proses kajian dan semakan yang lebih terperinci dijalankan bagi mengatasi masalah kejatuhan harga getah.

Pemuda PAs juga mendesak kerajaan bertindak segera menrangsang usaha penyelidikan menghasilkan produk berasaskan getah untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Setakat ini produk berasaskan getah adalah tayar, benang getah, katerer dan sarung tangan.

Penyelidikan penghasilan produk berasaskan getah asli dalam bidang kritikel seperti aplikasi kejuruteraan, perubatan, merin dan pembinaa perlu diberi perhatian.

"Produk berasaskan getah asli ini adalah lebih mesra alam sekitar berbanding getah tiruan.
"Maka sepatutnya negara mempromosikan getah asli sebagai produk mesra alam sekitar di seluruh dunia.
"Tapi malangnya penyelidikan getah seolah-olah tidak mendapat perhatian kerajaan sehingga produk berasaskan getah asli tidak mampu bersaing dengan produk berasaskan getah tiruan," katanya.

Baru-baru ini, penoreh getah di sekitar Sik, Padang Terap dan Baling telah mengadakan demonstrasi di tempat masing-masing bagi membantah sikpa kerajaan yang berdiam diri dalam berhadapan masalah harga getah ini.

Mereka menuntut agar harga lantai getah sekerap dinaikkan kepada RM4 sekilogram. Getah sekerap hari ini berada pada harga RM2.50 sekilogram sahaja. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails