Saturday, March 01, 2014

Penduduk M'sia 30,001,710 Orang, Jam 5 Petang Semalam.


KL - Jumlah penduduk di Malaysia kini mencatatkan rekod baharu apabila mencecah angka 30 juta orang kelmarin.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan (gambar) berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu.

Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang.

"Jumlah tersebut berdasarkan kajian dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit. (Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails