Tuesday, February 25, 2014

Juruterbang Wanita Pertama Di Dunia Berpurdah

Bergambar dengan kapal terbangnya
Sebaik selesai penerbangan
Berucap dalam seminar Minhaj-ul-Quran Women League
Guinness Book of World Record : Juruterbang Wanita Pertama di Dunia Berpurdah 

KUASA media boleh menyembunyikan prestasinya , begitulah keadaan ummat Islam ketika ini . Mukmin yang soleh boleh menjadi tidak terkenal di mata orang ramai , namun sangat dikenali di kalangan makhluk langit , Insya Allah! 
 
Kapten Shahnaz Laghari adalah seorang juruterbang wanita pertama di dunia yang berpurdah ketika menjalankan tugas menerbangkan pesawat . Beliau mampu untuk mengawal kapal terbang secara solo dengan berpurdah penuh.

Beliau adalah pemegang rekod dunia " Guinness Book of World Record " sebagai pilot wanita pertama berpurdah penuh . Beliau juga merupakan muslimah pejuang hak asasi kemanusiaan di Pakistan yang memperjuangkan hak - hak wanita dan pernah bertanding dalam pilihan raya di Pakistan pada tahun 2012 sebagai wakil rakyat .

Selain menjawat sebagai pengurus Persatuan Pilot Wanita Pakistan , beliau juga menjalankan khidmat masyarakat dengan membuka pusat pendidikan percuma dan pusat latihan menjahit untuk kaum dhuafa Pakista . 
Beliau turut aktif dalam menyertai program persatuan - persatuan komuniti Islam Pakistan . Semoga Allah SWT melimpahkan kekuatan baginya untuk istiqomah di jalan perjuangan dan meraih kejayaan Islam , aamiin yaa Robb .(24/2/14 Detik Islam/Islampos.com)

Yang ini pula..
Juruterbang Wanita Tunggal Pesawat Tempur Pakistan Bertudung. 
(miazarraannur.blogspot.com/2013/07)



Sekali pandang Ayesha Farooq (26), anda pasti tidak menyangka wanita berhijab ini seorang juruterbang pesawat tempur.
Beliau merupakan satu-satunya juruterbang pesawat tempur wanita di dalam Tentera Udara Pakistan .

Sepanjang sejarah Tentera Udara Pakistan yang terdapat 19 orang juruterbang wanita tetapi kesemuanya bertugas sebagai pemandu pesawat kargo dan menjadi jurulatih. Ayesha Farooq memecahkan dominasi lelaki ini dan tambah menakjubkan beliau masih boleh melakukan tugas dengan berhijab. 


Ayesha kini bertugas di pengkalan tentera Mushaf dan menerbangkan pesawat tempur F-7PG buatan China .


Beliau ditugaskan melakukan rondaan udara bagi mencari tentera Taliban yang cuba menyelinap masuk ke Pakistan .


Semasa menyatakan hasrat mahu menjadi juruterbang pesawat kepada ibu beliau 7 tahun yang lalu, Ayesha menerima tentangan hebat.


Tetapi kini beliau bangga menjadi contoh kepada wanita Pakistan yang cuba melarikan diri dari stereotaip. 



(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails