Friday, February 28, 2014

Pakatan Anwar-Najib, Jalan Singkat Menuju Putrajaya?



Kadir yakin pakatan Najib dan Anwar akan menggembirakan semua pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.

Kadir Jasin: Najib dan Anwar patut berpakat menentang Dr Mahathir dan Daim

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh melawan pengkritiknya jika beliau berpakat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Bhd itu, sekiranya kedua-dua pemimpin tersebut berpakat, kesudahannya pasti menguntungkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Anwar.

"Kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadap Najib boleh diketepikan sekiranya Najib berpakat dengan Anwar.

"Najib dan kumpulannya boleh bergantung kepada Anwar untuk berlawan dengan Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir dalam tulisan di blognya The Scribe hari ini.

Pakatan Najib dengan Anwar mampu menguatkan lagi kedudukannya, serta menghapuskan PR dan pengkritiknya yang paling lantang.

"Anwar boleh menikmati keistimewaan dan juga dilindungi, sekiranya beliau menjadi ahli kerajaan. Semua orang akan bahagia" katanya.

Sebelum ini, Daim pernah mengkritik Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh dalam menguatkuasakan undang-undang negara. Beliau turut mengatakan bahawa ahli Kabinet yang dilantik datang daripada mereka yang cetek pengetahuan dan tidak mempunyai semangat patriotisme.
Daim juga turut mengkritik Anwar dan menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai gila publisiti dan sukakan perhatian, selain tidak mampu menyelesaikan masalah.

Menurut Kadir, selain menentang Daim, Anwar juga boleh menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasil pakatan dengan Najib.

"Anwar mempunyai kebolehan menjauhkan Selangor daripada PR sekiranya beliau berasa hampir kalah. Sekiranya beliau berpakat dengan Najib, beliau boleh mengeluarkan Khalid," katanya.

Spekulasi timbul bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti. PRK Kajang diadakan selepas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut, Lee Chin Cheh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding disana.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 23 Mac untuk hari PRK dan 11 Mac sebagai hari penamaan calon. – 28 Februari, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Analisis Kadir Jasin orang lama pesurat khabaran, seolah-olah sudah tahu jantan-betinanya terhadap kilasan ikan di air.  Kata-katanya..
  • "Najib dan kumpulannya boleh bergantung kepada Anwar untuk berlawan dengan Dr Mahathir dan Daim"
  • Pakatan Najib dengan Anwar mampu menguatkan lagi kedudukannya, serta menghapuskan PR dan pengkritiknya yang paling lantang. "Anwar boleh menikmati keistimewaan dan juga dilindungi, sekiranya beliau menjadi ahli kerajaan..." 
  • "Anwar mempunyai kebolehan menjauhkan Selangor daripada PR sekiranya beliau berasa hampir kalah. Sekiranya beliau berpakat dengan Najib, beliau boleh mengeluarkan Khalid.."
Mungkin bagi Anwar,
  • memandangkan umurnya yang agak terlambat bagi memimpin dan menawan Putrjaya atau memerintah Malaysia,
  • kekuatan PKR makin menurun, contohnya di Selangor dari majoriti kerusi DUN dalam PR (PRU12) kepada minoriti (PRU 13),
  • kepimpinan PKR makin tercabar, sehingga Anwar terpaksa bertanding Presiden seperti kenyataannya baru-baru ini,
.... Maka Anwar perlu memulih jalan singkat ke Putrajaya, walaupun terpaksa tidak bersama PR lagi atau kalau mampu mengheretnya bersama-sama.

Justeru kini, langkah awal Anwar perlu terlebih dulu bertindak menggantikan Khalid sebagai MB dengan segera.

Itu cuma andaian..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa perlu selamatkan Najib dan kumpulannya ? Biarkan UMNO sama UMNO bergaduh PR tak payah masuk campur. Antara kesilapan PR ialah menolong UMNO secara tak langsung contoh PR paling kuat berusaha untuk jatuhkan Abdullah Badawi. Pak Lah jatuh tersungkur Najib pulak naik. Lepas ni kalau PR dan UMNO berpakat jatuhkan Najib yang akan naik Muhyiddin. Benda ni akan berterusan selagi UMNO berkuasa. Perkara paling penting adalah jatuhkan UMNO bukan presiden UMNO. Pedulikan kalau UMNO sama UMNO nak bergasak tak payah buat apa-apa, ini siap bagi publisiti dalam Harakah dan Suara Keadilan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails