Thursday, February 27, 2014

Ini Rupa Baju Lucah..

Foto
REKA bentuk imej pada kemeja-T yang mengundang kontroversi dan rasa tidak senang hati kerajaan Brazil

SUKAN
Rio de Janeiro: Brazil memaksa penarikan semula penjualan baju sempena Piala Dunia yang dikatakan mempunyai corak tidak senonoh yang boleh merosakkan imej negara itu.

Berikutan aduan badan pelancongan negara itu, penaja rasmi kejohanan, Adidas menarik semula pengeluaran baju berkenaan yang sudah berada di pasaran Amerika Syarikat. Satu daripada reka bentuk baju berkenaan menampilkan corak hati dengan tulisan ‘I love Brazil’, tetapi bentuknya menyerupai bahagian belakang wanita.

Satu lagi corak mempunyai gambar poskad dengan pemandangan Gunung Sugarloaf di Rio de Janeiro dan seorang wanita berbikini memegang bola dengan tulisan bertindih ‘Lookin’ to score’.

Badan pelancongan negara itu berkata, “Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengiklanan pada produk yang mengaitkan imej Brazil dengan seks.”

Mereka juga menggesa Adidas menghentikan pengeluaran baju berkenaan.  Menteri Wanita Brazil, Eleonora Menicucci berkata “Tindakan jenama besar dalam dunia sukan seperti Adidas mengeluarkan kemeja-T dengan imej dan frasa yang mengaitkan Brazil dengan pelancongan seks sangat tidak boleh diterima.”

Adidas dalam kenyataan balas memberitahu mereka sudah menghentikan pengeluaran produk itu.

“Penting untuk umum mengetahui produk ini adalah edisi khas yang hanya terdapat di Amerika Syarikat,” katanya. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails