Friday, February 28, 2014

Malam Ini, Rahsia Terbuka Khalid & Azmin Terbongkar..



Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR?

Nampaknya retakan dalam PKR semakin meluaskan ekoran spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha Politiknya,  Azman Abidin berkata Tan Sri Khalid akan tawarkan diri bertanding timbalan presiden.

Jemputan rasmi yang bertemakan "Majlis Kasih Bertaut",  tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang dianggap sebagai 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Dalam temubual dengan Malaysiakini selepas beliau mengumumkan pencalonan Anwar untuk pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk "politiking". (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails