Thursday, October 08, 2020

Kuih bulan santuni &raikan budaya masyarakat Tionghua di Plaza Li Hua.


Muslimat edar kuih bulan buat kaum Cina

BINTULU: Muslimat PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan program edaran kuih bulan menyantuni dan meraikan masyarakat kaum Tionghua sempena perayaan kebudayaan itu di Plaza Li Hua, di sini semalam.

Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat Cina di samping memperkukuhkan perpaduan nasional sedia terjalin, sekali gus merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai kaum.

Aktiviti kunjungan dan edaran kuih istimewa itu yang dipimpin Ketua Muslimat PAS Bintulu, Fatimah Junaidi ini nyata membuatkan rasa terkejut kalangan penduduk kaum Cina kerana tidak menyangka diraikan begitu.

“Saya berharap hubungan PAS dan masyarakat Cina akan terus terjalin erat melangkaui sempadan perbezaan yang ada. Demi negara tercinta dan kehidupan harmoni bersama kita mesti perkukuhkan perpaduan terbina.

“Muslimat juga berharap kehadiran PAS dalam masyarakat majmuk pelbagai kaum sentiasa diterima. Malah misi memperkukuh perpaduan sesama masyarakat sentiasa menjadi keutamaan PAS,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 4/10/2020

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails