Tuesday, July 12, 2011

Bersih 2.0: Pak Lah Akui Pentadbiran Najib Terjejas.


KL, 12 Julai 11: Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah mengakui bahawa imej pentadbiran Najib boleh terjejas ekoran perhimpunan Bersih Sabtu lalu — kedua sejak akhir 2007, tetapi beliau masih yakin kerajaan akan dapat memperbaiki kesan.

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, bekas perdana menteri berkata kerajaan sentiasa bersedia melakukan apa sahaja untuk memperbaiki keadaan negara.

Malah beliau juga mengecam penganjur dengan berkata mereka tidak pernah membawa mana-mana satu daripada lapan tuntutan mereka ke Parlimen.

“Mungkin ada kesan (ke atas kerajaan), tetapi kerajaan kita peka... jika ada apa-apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan, mengapa tidak? Mereka akan melakukan,” kata Abdullah (gambar).

Perhimpunan pertama pada 2007 ketika era Abdullah juga diadakan dengan tujuan sama, menuntut pembaharian pilihan raya yang adil dan bersih. (IH/Sumber The Malaysian Insider)

Lihat BERSIH dari mula..

E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails