Monday, July 11, 2011

Pihak Polis Cuba Membunuh Mat Sabu?

NONE
Shah Alam 11 Jul 11: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis. Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

Walaupun dalam keadaan cedera beliau tetap terus berkhidmat untuk rakyat. Apakah itu cubaab membunuh dari pihak polis Malaysia? (IH)

1 comment:

Anonymous said...

kalau YB Mat Sabu pun dibuat begitu apalagi rakyat bawahan sept. Aminurrasyid ... ingat balasan didunia sekarang dah tunai akhirat belum tahu lagi bagaimana dahsyatnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails