Sunday, July 10, 2011

Jom Ziarah Jenazah Mangsa Gas BERSIH 2.0 Pagi Ini..

Tahlil sebelum solat jenazah sebentar tadi di Surau Mukarrabin, Kelompok Camar AUK

KL, 10 Julai 11: Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

"Saya meminta semua ahli PAS datang beramai-ramai untuk memberikan penghormatan terakhir kita kepada Allahyarham pagi esok," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Mesyuarat tergempar AJK PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Husam Musa malam tadi juga antara lain membincangkan kejadian ini dan memutuskan untuk bersama-sama turun ke sana.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana. Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0. (SumberHarakah)

7 comments:

1Crony said...

Penguasa lahanat! Mari kita semua doakan mereka ini akan mendapat balasan dari Allah SWT untuk perbuatan mereka itu bagi jangka masa yang terlalu panjang.... Ya Allah! Kurniakan mereka ini (penguasa korupsi) anak-anak yang "Syndrome Down" untuk seumur hidup mereka. Amin

Anonymous said...

Mati atas nama ambiga...jalan ambiga...kerana ambiga....tunggu jer la ambiga dtg jap g utk imamkan mereka.....mati katak jer....

Anonymous said...

Anon 10.21 masih tahap gaban bawah pengaruh penjajah. kalau takcaya ada satu menteri pernah ambil gambar satu keluarga pakai pakaian kolonial, otak masih tak merdeka.

Anonymous said...

Hantar batu cave jer lepas kapankan...ambiga tunggu sana....

Melayu Kena Sokmo said...

Betina berjubur dengan anjing jantan maka dapatlah anak seperti anon 10:40am (anak anjing separuh).

1 Malaysia said...

Haram jadah punya anon. Kau ni tak ubah seperti kapiaq laknatullah. Tak ada perasaan sayang pada saudara seIslam. Kalau kau mati, AKU hantar ke wat siam untuk dibakar dan abu KAU akan AKU tabur kat Sg Lumpur.

Ahmad Irfan said...

Tuan-tuan baca komen-komen di atas, lihat, bagaimana pemikiran penentang PR, tiada adap dalam menulis, apa lagi kepada orang mati.

Tok dalang penulis upahan itu tak ajar adap menulis..

Masya Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails