Wednesday, July 13, 2011

Bersih 2.0 Wajar -P/Saadat Turki. N/Aziz Bersih 3.0 Pula.

Prof. Dr. Arif Ersoy juga setiausaha agung Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial hadir ke Ibu Pejabat PAS dan bertemu dengan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman.

KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara. “Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Saadat Turki, Prof. Dr. Arif Ersoy menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu sebagai munasabah kerana rakyat berhak menyatakan tuntutan mereka untuk pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau berkata, rakyat hanya mahukan tuntutan mereka didengari dan kerajaan Malaysia seharusnya melayani tuntutan tersebut kerana rakyat merupakan 'tuan' kepada negaranya.

"Rakyat hanya mahukan kebebasan dan pilihan raya yang adil. Kerajaan Malaysia seharusnya mendengar tuntutan mereka ini.

"Untuk sesebuah kerajaan itu memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan yang baik, mereka seharusnya tahu apa yang dimahukan rakyat.

"Sebab itu kadang-kadang rakyat perlu keluar beramai-ramai untuk menzahirkan suara hati secara terbuka," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini semalam.

Beliau yang juga setiausaha agung Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – (Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi-Esam) hadir ke Ibu Pejabat PAS dan bertemu dengan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau juga sempat berbual dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berada di Terengganu melalui telefon bagi bertanya khabar khususnya selepas dibebaskan setelah ditahan semasa perhimpunan Bersih 2.0. (IH)

Liha Himpunan Bersih dari awal...
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails