Thursday, July 14, 2011

Pukul Isteri, Kaji Semula Pengharaman Judi.


BATU PAHAT 14 Jul 11: Baru sembilan bulan mengecap nikmat alam perkahwinan namun seorang wanita menganggap dirinya berada dalam neraka dunia kerana bukan sekadar dikurung, malah hanya disajikan biskut kering, roti dan air kosong, manakala tubuhnya teruk dibelasah dengan wayar elektrik oleh suaminya.

Ketika mendedahkan perkara itu mangsa hanya mahu dikenali sebagai Wati, 26, berkata, dia turut diugut dilacurkan suaminya yang juga kaki judi tegar tidak lama selepas mereka bernikah, September tahun lalu.

“Sepanjang berkahwin, saya sentiasa dikurung dan tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarga termasuk ibu. Setiap kali suami kalah berjudi, saya perlu ‘menyerahkan’ badan untuk didera atau dilibas dengan wayar elektrik.

“Saya meraung dan menangis sekuat hati kerana tidak tahan dengan kesakitan akibat libasan itu, tetapi suami semakin menggila, seluruh badan hinggakan paha, mata, betis cedera. Itulah azab yang saya lalui selama ini,” katanya, semalam.

Menurut Wati, kali terakhir dia menjadi mangsa belasahan suaminya yang dikenali sebagai Shahrul, 38, pada awal Jun lalu ketika berada di rumah sewa mereka di Segambut, Kuala Lumpur. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banyak kejadian-kejadian begini berlaku. Kalau kerajaan prihatin terhadap rakyat, sila kaji balik pengharaman segala bentuk judi di negara ini. Samada judi haram atau' judi halal' menurut kerajaan. Kembalilah kepada kehidupan beragama. Apalagi hidup dalam negara yang agama Islam menjadi agama bagi Persekutuan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails