Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0: Mati Kerana Sikap Kejam Polis...

KL, 10 Julai 11: Abang kepada Baharuddin Ahmad, seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semalam, mempersalahkan kematian mangsa adalah akibat sikap “kejam” pihak polis.

Kassim Ahmad, 72, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Baharuddin mati kerana polis tidak memberikannya bantuan perubatan dengan segera sebaik sahaja Allahyarham pengsan akibat terkena air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

“(Mereka) ada meminta polis agar membantu menghantar dia ke hospital tetapi mereka enggan. Jadi mereka menunggu satu setengah jam sebelum sebuah van datang,” katanya.

“Ramai yang cuba menyelamatkan dia... jika dia diberikan bantuan oksigen, dia kemungkinan masih hidup hari ini,” kata Kassim.

Baharuddin dikebumikan di tanah perkuburan Lembah Keramat di sini pada pukul 12.55 tengah hari tadi bersama kemeja-T Bersih 2.0 yang Allahyarham pakai ketika perhimpunan semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan pasukan polis tidak harus dipersalahkan atas kematian Baharuddin.

Sambil berkata kematian Baharuddin adalah disebabkan masalah kesihatan, Najib mempertahankan cara polis menangani perhimpunan semalam.

“(Kematian dia) bukan kerana perhimpunan. Ia disebabkan (masalah) kesihatan. Tiada kontak fizikal (polis) dengan penunjuk perasaan,” kata Najib kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana anjuran Umno di sini.

Lewat malam tadi, PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian Baharuddin.

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata, Baharuddin meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasa Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia petang semalam.

Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan. (IH/Sumber The malaysian Insider)

6 comments:

Saufi Yusoff said...

ALFATIHAH...
ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!
TIADA YANG TERJADI IANYA SECARA KEBETULLAN.SETIAP YANG TERJADI ITU ADA HIKMAHNYA JUGA PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERIMAN,YAKIN DAN PERCAYA.http://wwwkelate.blogspot.com

leekonu said...

Anuwar & AmBABIga "pembunuh sebenar" Baharrudin !!!
Al Fatihah buat Arwah...

1. Perhimpunan dijalanraya itu jelas tidak mendapat restu YDP Agong. (boleh dikira sbg derhaka...atau lebih berat cuba menentang/melancar perang ke atas YDP Agong).

2. Perhimpunan celaka itu jelas tidak ada kebenaran polis (permit)

3. Dianjurkan oleh badan yg tidak berdaftar dgn ROS.

4. Penganjur tidak mengambil langkah-langkah keselamatan / kecemasan (*merentas desa pun ada cara yg lebih teratur.. inikan pula nak melibatkan 300 ribu orang -spt diwar2kan )

5. Setiap peserta tidak mendapat perlindungan insurans daripada penganjur...(nak naik bas awam pun ada insurans)

6. Tiada amaran awal atau nasihat kepada yang tidak sihat (sakit jantung spt arwah) supaya tidak menyertai perhimpunan.

Jelas dengan 6 alasan ini membuktikan polis tidak bersalah langsung kepada apa-apa sahaja yg terjadi ke semua peserta demo haram (sekali lagi demo HARAM) kerana polis telah diamanahkan untuk menjaga keamanan 28 juta rakyat Malaysia berbanding 10 ribu orang yg kurang akal diperbodohkan si Anuwar dan Ambabiga !!!

Jadi siapa yang patut bertanggungjawab pada kematian ini... tidak lain tidak bukan...kalau bukan si pengkianat negara, Si Anuwar Aljubri (gelaran mat sabun bagi..) dan si pejuang murtad & ifc, Si Ambabiga !!!
Anda mungkin juga meminati:
Isu wakil rakyat Besut: Ramai sedekah pisang di Masjid !
Terkini: Komen Nurul Ijah ttg video panas papanya...
Pemuda BN Jasin sokong mana-mana calon !!!
PAS Terengganu diminta jangan buat bising !!!
LinkWithin
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
0 comments:

Post a Comment
Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PAPA GOMO

Anonymous said...

assalamualaikum...saya org islam...lahir di bumi malaysia sebagai anak malaysia yg xpernah dijajah...aman...dari dulu sampai sekarang xpernah dihalang untuk beribadat...saling menghormati agama antara satu sama lain...dan berpegang bahawa org melayu adalah istemewa dari kaum lain...percaya pada qada dan qadar...ajal maut ditangan tuhan...tak perlu melatah...ingat pegangan agama...jgn jadikan bangsa asing sebagai ketua...walaupun sebaik2 kafir....ambillah org islam sebagai pemimpin...islam xsuruh kita berperang dinegara sendiri...dia suruh kita jaga negara...bukan porak perandakan negara...alhamdulillah kerana ada parti ingin tegakkan islam...setiap kali mengundi itulah pilihan kita...tapi malu apabila parti yg kita syg itu lupa landasan...ambil penentang jalan allah sebagai rakan...sedih...harap PAS dapat meneruskan perjuangan tanpa bantuan dari kafir laknatullah...
dan satu lagi...jgn lupa lihat dun dan parlimen masing2...pertama cari pemimpin islam...kedua dia boleh mewakili kita...ketiga jgn tgk parti...yg mentadbir manusia...bukan parti...cari yg betul2 telus...semoga pilihan kita diredhai allah....iscandar ibrahim...

Ahmad Irfan said...

Sokong saufi yusoff

abu idris said...

arrayah.info - Analisis di antara KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0

arrayah.info - Demonstrasi KHILAFAH 2.0 berjaya bukan BERSIH 2.0

dianakhairi said...

innalillah..bg saye sudah ajal beliau.

tapi mase tu polis mesti buat sesuatu utk selamatkan beliau. kate rakyat didahulukan???

dan bg saye, ya, mungkin ambiga bukanlah sentiase d jln benar (cth:kes lina joy).

tapi utk Bersih ni,,motif kite same. mahu pilhnrye yg bersih dan adil.

kalau nak fikir betul2, perhimpunan spt konsert bercampur laki pompuan,yg tak ikut shariat itu jelas HARAMNYA.

penyelewengan wang, rasuah, bunuh, fitnah itu jelas HARAMNYA.

tak tutup aurat itu jelas HARAMNYA.

jgnlah pentingkan peraturan dunia saje..sedangkan peraturan akhirat tiada siapa ambil peduli...

pemimpin yg baik ialah pmimpin yg adil dan letak AGAMA no 1..insha Allah Allah kan pelihara negara tersebut..

waalahua'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails