Friday, July 15, 2011

Kit Siang Nasihat MB Kedah Batal Anakmen Hiburan...


KL, 14 Julai 11: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pakatan Rakyat wajar membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 — peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya.

“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan (gambar) seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata beliau telah berhubung dengan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Datuk Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan ketika bulan Ramadan.

“Lee melaporkan bahawa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu,” katanya lagi.

“Lee juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya lagi.

Lim berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat nasional minggu depan.

Semalam, Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Beliau berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Kata beliau lagi, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

“Permohonan itu pula perlu dikemukakan pada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Contohnya bulan Ogos kaum Cina mahu meraikan Hungry Ghost Festival, jadi mereka perlu mohon secara bertulis untuk pertimbangan,” katanya semalam.

Azizan berkata bagi pusat snuker dan kafe siber pula, pihaknya mungkin menyemaknya semula kerana ia bukan bentuk hiburan tetapi diletakkan di bawah kategori hiburan.

“Minta PBT (pihak berkuasa tempatan) perjelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan hiburan. Dari dahulu lagi dalam bulan Ramadan, tidak ada aktiviti hiburan. Malah diadakan beberapa peraturan untuk bukan Islam mematuhinya,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malulah MB Kedah!

3 comments:

Anonymous said...

ikut jelah jijan dia tu ketua teragung pakatan,pasni kalau dapat federal ikut jelah pasal slogan dah berubah ,hidup kebajike

loqlarq said...

Danok bukan jauh pun.... kaki2 enjoy ni sentiasa 'membanjiri' Danok. Gate tutup pukul 12 mlm....
Dalam setahun, 11 bulan buat untung, 1 bulan kasi staff realx laaa

Anonymous said...

Betul jugak tindakan tu..sebab sebenarnya ia lebih kepada individu itu sendiri. Tutup pusat hiburan di kedah .. dia orang nak seribu daya , dia pi jugak ..lintas sempadan. Tapi kalau dia orang memang tak mahu ..depan rumah pun dia orang tak pi..kenapa nak ganggu bisness orang bukan islam..baguslah ustaz azizan boleh berkrompomi..Ia bermaksud dalam pemerintahannya ada juga mengambilkira pendapat orang lain..Kerajaan pusat sekarang lebih kepada mengesploitasi... menjadikan rakyat sebagai penyelesai masalah mereka..dalam banyak perkara..rakyat jadi mangsa, tetapi mereka menggunakan media secara maxima semata mata untuk membuat rakyat berfikiran positive terhadap mereka..Inilah yang dinamakan ...tolong orang, tipu orang. Kejam tu... dah lah dipergunakan , kesannya rakyat juga yang tolong tanggung...akhibat kerakusan pemerintah...malang...malang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails