"Budaya tunjuk punggung adalah budaya Indonesia? Itu budaya biadap. Budaya biadap bukan budaya Indonesia. Di Indonesia ramai ulama, ramai pemimpin-pemimpin bermaruah, mengapa perbuatan seburuk itu dikaitkan mewakili rakyat Indonesia yang kira-kira 90% Islam itu?" Kata An Har seorang tetamu dari Indonesia yang saya temui pagi tadi di Jalan Chow Kit. Dia berkata dengan rasa marah yang ditahan-tahan.
Kata-kata ini tercetus, bila mengetahui kenyataan Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, selaku pihak penganjur Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang semalam disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria Malaysia dari Pusat Konvensyen Jakarta (JCC). Iaitu aksi londeh seluar dan menunjukkan punggung yang sungguh jijik dan memalukan rakyat Indonesia.
"Dia londeh seluar, tunjuk seluar dalam yang bontotnya bertulis ‘Bombers kiss my...’ perkataan penjajah di hadapan khalayak ramai! Menghina ustaz dan tok guru yang menonton tv, terutamanya kepada ulama-ulama dan pemimpin yang dihormati oleh umat Islam," katanya lagi.
Aksi ini dilakukan oleh salah seorang anggota kumpulan Slank dari Indonesia, bernama Kaka sambil memakai jaket terbuka dedah dada yang sengaja dilakukan telah mengejutkan kira-kira 5,000 penonton termasuk pihak penganjur, Media Corp. Radio - Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM serta Beyond Events Sdn. Bhd, seperti yang difahamkan dan ditunjukkan di tv tersebut.
Yang tak sedapnya lagi, kata Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd. itu ialah, 'Saya rasa budaya antara Indonesia, Singapura dan Malaysia agak berlainan, jadi mungkin mereka (orang Indonesia) dah biasa sangat dengan perkara seperti ini tetapi ia tidak disenangi oleh orang Malaysia dan Singapura.'
"Perbuatan kurang ajar seperti inilah yang membuatkan rakyat Indonesia dihina di luar negara contohnya seperti di kalangan rakyat negara ini.. walaupun kononnya perbuatan itu adalah untuk melepaskan geram kepada pengebom yang meletupkan Hotel JW Marriot dan Ritz-Carlton, Jakarta, pada Jumaat lalu." Jelasw An Har lagi.
Kawan saya sorang lagi yang ada sama di situ menjawab, "Sebenarnya hal ini berlaku adalah kerana otak penganjur itu sudah diseluti najis yang jijik.. tak kira dari Malaysia, Indonesia atau mana negeripun. Islam mereka hanya nama saja, tapi tidak berfikir secara Islam.. Itu budaya orang tak bertamaddun. Aku ingat orang bukan Islam pun tak suka orang tunjuk pungkok kat dia!!"
Oleh itu kerajaan dan Menteri Penerangan Malaysia kena ambil perhatian, jangan sampai rakyat tunjuk pungkok kepada menterinya. Orang Indo atau M'sia yang bertamadun sila buat bantahan sekadar yang mampu walaupun dalam weblog. Itu komen saya.
Lihat klip ini..
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 20, 2009.
6 comments:
pak hasyim... saya rasa takdak kot ulamak atau ustaz yang hingin nengok rancangan bodoh ni.. rancangan yang takdak pekdah.
Budaya ni jugak datang dari Scottish people dalam citer Braveheart... har..har.. panahkan jer pongkok dia..
Antara sebab kenapa harus Islam dan inilah jawapannya. Kenapa Islam yang Islam ini penting , inilah jawapannya. Kenapa harus Islam ? Kerana akhlaknya akan membimbing jiwanya...dan jiwanya pula akan membimbing fikirannya dan fikirannya pula akan membimbing warasnya sebagai manusia.
Inseden seperti ini adalah cabaran bagi mereka yang beriman namun ianya menjadi hiburan kepada yang batil.....jadi nilailah diri dari rasa yang terbenam di lubuk hati. Sekiranya ianya menjadi hiburan buat kita maka sebenarnya telah luluh iman kita tapi kiranya ia menjadi cabaran & cubaan buat kita bermakna masih terpalit rasa iman dihati kita. SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SALAH SATU DARI CABANG-CABANG IMAN.........
Mr edz..
Pada saya, kerana ulama tak tengoklah, antara sebabnya Malaysia jadi begini. Ulama kena pantau. Nak pantau kena tengok. Baru boleh jadi ulamak sensitif dan kreatif.
Baru fikir cara menyelesaikannya. Betul rancangan bodoh. Mestikah kita biarkan rakyat dalam kebodohan, ditipu oleh kebodohan pemimpin-pemimpinnya?
Ulama tengok tak sama dengan si lalai tengok. Saya rasa ada ulama tengok, tapi mereka tak mampu merubahnya. Bagaimana merubahnya? Kita kena kempen supaya tegaknya negara Islam sebenar.
As-salamu alaikum?
Aku tak setuju sikit kata hang 'jangan sampai rakyat tunjuk pungkok kepada menterinya'
Dah tunjuk pun! Cuma menteri tak marah. Dia yang pupuk budaya tu!!
saya rasa sedih bila mengenangkan ulamak di malaysia ni.. artis dia gungkan tapi ulamak di perlekehkan pak hasyim..
Post a Comment