Thursday, July 23, 2009

Geli-geleman Tengok TV9.. Telinga Kuali.

SESEORANG yang bernama 'jib pedro' menghantar e-mail kepada kami mengemukakan pandangan bertajuk ' Apa Ni? Tv9'. Sepatutnya pihak berwajib (kerajaan) perlu prihatin terhadap rakyatnya sendiri. Kerajaan terlalu bertanggungjawab dalam meruntuhkan moral remaja negara ini. Pemimpin-pemimpin, merekalah pemegang saham terbesar yang merosakkan negara! Mereka masih telinga kuali!!

Lihat tulisannya...

"1. Apa ke jadahnya program bersifat ilmiah seperti HUJAH yang disiarkan pada tiap2 Selasa malam tu sejak dulu lagi hanya memakan masa setengah jam saja. Mana ada ruang masa yang cukup untuk dibawa berbincang oleh para ahli panel acapkalinya dua orang ahli jemputan. Tapi kadang2 ada tiga orang .... dan cuba fikir2 lah .... mana ada masa untuk mereka2 ini mempunyai ruang yang cukup untuk berhujah jika masa diberikan amat terhad? Sebab itulah masing2 berebut2 bercakap berhujah dengan begitu cepat ... nampak begitu kalut dan tergopoh2 untuk tidak mahu memberi masa yang begitu terhad terbuang.

Sudah begitu kerap pihak2 tertentu mengesyorkan agar pihak TV9 sudilah kiranya memberi ruang yang lebih dengan memberi had masa bagi siaran HUJAH tersebut dilanjutkan kepada masa satu jam (tidak lagi setengah jam - itu belum ditolak beberapa kali "kita berehat sebentar"). Namun pihak TV9 memekakkan telinga saja ....... nampak macam mereka tidak ambil kesah langsung tentang permintaan itu. Bagi mereka program itu tidak perlu dilanjutkan masa kepada yang dipinta .... mungkin bagi mereka itu tidak mustahak. Hiburan2 kosong lebih penting dan paling mustahak.

2. Akan tetapi ..... program macam Semanis Kurma yang memakan masa satu jam siarannya tu ..... tidak mendatangkan apa2 manfaat langsung except untuk kedua2 pasangan (ustazah bersama lakinya ustaz dayus tu) yang hanya ingin menunjuk2 dengan menonjol2kan betapa 'loving'nya pasangan laki-bini tu.... seolah2 merekalah satu2nya pasangan laki-bini contoh terbaik dalam negara ini?
Awat tak tunjuk sama contoh2 berinteraksi dan bermesra2an sebelum tidur di atas katil? Mungkin lebih mendapat sambutan untuk menggalakkan ramai pasangan2 tua-muda boleh mengambil sebagai iktibar. Dalam siaran di TV9 tu ......

Nampak geli geleman kita tengok lagak mereka berdua yang begitu 'artificial' sekali (selalunya terpampang dalam promosi iklan untuk mempromosi program geli geleman itu). Begitu plastik gaya lagak aksi mereka konon2nya 'most loving couple' lah kut?
Apa? TV9 lebih utamakan program2 seperti itu? program2 yang hampeh yang hanya ingin memberi hiburan yang tidak punya manfaat langsung .... cuma hanyalah menonjolkan kepada penonton akan cara dan bagaimana gayanya mereka bermenghenyeh bermenggatal bermenghenyam didepan TV. Apa? itu yang TV9 ndak paparkan kepada penonton?
(Seterusnya.. 'Khas buat ustazah koro & ustaz dayus tidak kami masukkan, kalau nak tengok juga klik
http://mywritepad-johny.blogspot.com/2009/07/banyak-yg-tak-kena.html ) .

3. Begitu juga dengan program2 hiburan yang lain di TV9 - banyak yang hanya hiburan kosong semata, namun ruang jangka masa di beri lebih dari program2 yang bersifat ilmiah atau 'educational'. Kalau jenis hiburan pulak di tonjolkan artis2 yang tak bersopan - tak beretika - tak senonoh punya perangai dgn gerak laku (behaviour) yang kurang ajar .... nampak sangat kelakuan tak senonoh mereka semasa berinteraksi dengan para penonton (di rumah) yang mereka tidak kelihatan (hanyalah dengan menunjukkan lagak gaya mereka didepan kamera) sudah menampakkan yang mereka itu jenis manusia kurang ajar belaka.

Memang KURANG AJAR punya artis2 dan juga termasuk yang jadi hos dan pengacara tetap dan juga tak tetap - pun terikut2 macam artis punya gelagat .... kurang ajar. Semua tu dah terpengaruh ... dah jadi ikut-ikutan.
Yang itu pihak TV9 ingin paparkan kepada penonton? dan tidakkah terfikir di pihak TV9 yang anak2 muda apa lagi yg kanak2 yang sedang menonton telatah2 kurang ajar para2 artis yang di jemput dan di pamerkan oleh TV9? yang mereka juga mungkin terpengaruh dek cara dan gaya kurang ajar perangai dan kelakuan yang ditonjolkan mereka .... termasuklah ustazah (yg ingin jadi popular mcm artis) .... cukup memualkan dan membosankan.

Itukah cara pihak media TV mengajar penonton? Tidak hairan lah sekarang semakin ramai remaja2 yang kurang ajar.
So, TV9 jangan dok buat mudah tentang paparan2 siaran yang tidak mendatangkan pekdah. Jangan bagi orang mengutuk puak2 di TV9 plak kerana semakin hari semakin melampau2 dan menjadi2 perkara2 yang memualkan penonton. Jangan jadikan TV sebagai alat untuk merosakkan akhlak anak bangsa. Jangan jadi alat untuk menjahanamkan anak bangsa."

Sekian, harap maklum.

9 comments:

member pencen keramat said...

Betul sepertimana yang dipaparkan oleh penulis saya pun dan meluat lihat TV kebanyakan mengampu dan merapu

AkuAnakPulau said...

Sokong member pencen. aku pun meluat juga.

Ibnu Hasyim said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Hasyim said...

Ini email yang saya baru terima. Mungkin kita dapat berbincang.

"Saya seorang pelajar bukan Islam di sebuah universiti di negara ini. Saya berminat dengan blog Ibnu Hasyim, saya ikuti sudah lama.

Saya lihat tuan Ibnu banyak mengkritik masalah sosial terutamanya berkaitan dengan remaja seperti hiburan,lagu dan lain-lain.

Maaf, cuba tuan terangkan bila ada masa, lambat pun tak apa-apa, hiburan yang seperti mana yang Islam benarkan? Kalau PAS memerintah Malaysia, adakah setiap hari disiarkan nasyid? Bagaimana dengan kami orang bukan Islam?

Lim Sam Soon
Penang."

Shahabudeen Jalil said...

Saya pun pernah diajukan soalan sama oleh rakan bukan Islam dulu... nak jawab pun blur..

Hiburan dah jadi sebati dengan kehidupan seharian kita sampai kita tak dpt bayang kehidupan tanpa benda nie.

Tgk saja setiap hari beribu2 anak2 muda dan pakcik2 tua beratur untuk beli tiket wayang. Tu belum kira konsert, teater dan lain2.

Saya rasa perlu ada lebih penerangan mengenai ini oleh pakar2 agama. Setahu saya, Islam mengharuskan semua ini, tetapi dengan batas2 tertentu.

Harap Pak Hasyim dpt ulas lanjut mengenai hal ini.

mr edz said...

lamanya tak nengok tv.. huhuhu

AinDeLuvlyangel said...

nie pendapat peribadi saye..
saye ase tv9 banyak memaparkan rancangan berbentuk islam..bg sy x salah kiranyer ustazah & ustaz tu nk menunjukkan kemesraan (x terlampau) sbb mereka kn suami isteri...malu lagi sy tgk pasangan yg belum berkahwin bermesra (lagak cm dh kawin)..

AinDeLuvlyangel said...
This comment has been removed by the author.
ahoy hoi said...

sye bersetuju dengan luahan penulis tentang isu Hujah itu... tetapi saya mnjadi marah apabila penulis dengan biadap menuduh ustazah itu koro dan suaminya itu dayus...bahkan penulis tanpa usul menuduh ustazah itu mnggatal...apekah salah kemesraan antara suami isteri melainkan perasaan hasad dengki kpd org yg melihatnya.... saya harap penulis tidak mncerca golongan berilmu seperti itu...prgram itu jge bgus dn bnyk input dn amat berfaedah dlm mmbntu psangan brumah tngge mnjalani khidupn bersama.... sye hrap penulis mngkaji sesuatu isu tlbih dhulu sblum mnulis...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails