Friday, July 24, 2009

Polimek PAS - Dr Asri.. Sihat.


RESPON Kepada Tulisan Dr Asri: Ya, PAS Sudi Mendengar Sepatutnya tulisan ini ditulis di ruang respon tulisan blog Dr Asri yang bertajuk “Jika PAS Sudi Mendengar”, yang juga mendapat liputan di dalam akhbar mStar ini. Namun, memandangkan blog Dr Asri tidak pernah membuka ruang kepada para pengunjung untuk memberikan komen, maka ia ditulis di ruang yang lain, iaitu di blog www.PemudaGombak.com.

Secara umunya, kita yakin dan percaya yang para pemimpin PAS bersedia untuk menerima sebarang terguran dan nasihat daripada semua pihak kerana itulah yang diajarkan oleh Islam. Malah itulah yang yang meletakkan PAS di dalam arus perdana hari ini apabila parti ini sentiasa memperelokkan dan memperbaiki dari masa ke masa.

Namun, harus dibezakan antara PAS dan orang-orang PAS. PAS sebuah badan politik yang mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri. Kewujudan PAS tidak lain tidak bukan adalah untuk menyeru ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran. Itulah yang membezakan PAS dengan UMNO. Maka di sini harus dibuat garisan pemisah di antara orang-orang PAS dan PAS sebelum mendakwa PAS dengan sikap ”suka mencerca dan memaki hamun orang lain” sebagaimana yang dituduh oleh Dr Asri di dalam tulisannya.

Orang-orang PAS satu perkara, PAS satu perkara lain. Mengatakan PAS ”suka mencerca dan memaki hamun orang lain” berdasarkan pemerhatian terhadap orang-orang PAS adalah sama isunya dengan Islam dan Muslim. Islam adalah satu agama yang indah dan suci, dan berbeza dengan realiti orang Islam hari ini.

Apabila kita melihat orang Islam suka minum arak, membuat jahat, membunuh dan sebagainya, adakah dengan mudah kita mengatakan bahawa Islam suka minum arak, Islam suka membuat jahat, Islam mengajar berbunuhan? Sudah tentu tidak. Begitu juga dengan dakwaan Dr Asri yang menggambarkan PAS mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!!. Oh, jika hendak melihat PAS, lihatlah dahulu pada perlembagaan PAS.

Jika sekadar melihat kepada blog-blog yang didakwanya blog orang-orang PAS (ini pun masih boleh dipertikaikan; benarkah itu blog orang PAS. Mungkin blog SB?) sudah membuat kesimpulan mudah ini, tentu Dr Asri akan melenting sekiranya kita membuat andaian yang sama kepada amalan dan ajaran salafi. Bukan tidak ada pengikut-pengikut salafi yang suka merendah-rendahkan orang lain. Mengatakan orang lain berdosa kerana bertahlil. Membuang biji-biji tasbih di masjid kerana mengatakan ia adalah bid’ah. Mengguris hati orang-orang tua dengan cara teguran yang kurang sopan, atas alasan tajdid.

Juga tidak sedikit ustaz-ustaz salafi yang merendah-rendahkan ilmu ustaz-ustaz lain dengan dakwaan tidak cukup ilmu. Juga ada juga ustaz-ustaz salafi ini menganggap ustaz-ustaz lain mengamalkan bid’ah dan tidak mahukan tajdid. Malah ada juga pengamal aliran salafi yang menuduh PAS melakukan bid’ah apabila melibatkan diri dalam politik! Adakah dengan mudah kita mengatakan aliran salafi begitu teruk? Tentu tidak!

Jadi, untuk mengatakan PAS ” mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!!” adalah kurang tepat jika kesimpulan ini hanya berdasarkan pembacaan di blog-blog. Ia sebagaimana menuduh Islam dengan lemparan-lemparan jahat dengan hanya berdasarkan gambaran penganut ajaran Islam, atau menuduh aliran salafi dengan kata-kata negetif berdasarkan beberapa orang salafi yang tidak baik.

Apapun, terima kasih atas nasihat dan teguran yang diberikan. Kita pun mengharapkan agar Dr Asri pun sudi mendengar.

P/S: Alangkah baiknya andai Dr Asri sudi untuk membuka ruang komen di blognya. Kalau tidak silap, sudah kira-kira lima tahun blog ini beroperasi tanpa mengizinkan pembaza memberikan komen.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Suatu perbincangan yang sihat, membongkar dan mengatasi masalah umah. Alhamdulillah!

7 comments:

Anonymous said...

Aku sangat setuju dengan pandangan ustaz asri di dalam kolumnya..apa yang dikatakannya memang benar...
Masalah yangkita lihat Pemimpin PAS ni memang kerjanya suka maki, fitnah orang..jika tuan kata Islam dan muslim..jadi adakah tuan rasa PAS tu Islam?? Islam tu PAS..ini lah yang telah dipantakkan keatas para pengikut PAS..
Ingat jika pengikut "terkucil" dari landasan yang sebenar dengan anggapan diatas..ulamak-ulamak PAS lah yang bertanggung jawab..diakhirat kelak..

EMANG said...

pembukaan ruang komen itu akan menyebabkan perbincangan yang tidak ada akhirnya..perbincangan yang berjela-jela...komen2 akan menyebabkan pergaduhan..

Dr.Asri releven utk tidak menyimpan komen...

idriss94 said...

dah biasa dah jadi begini

idriss94 said...

kawe puas dengor gini tapi dakpelah kita sbo jerlah inilah ujian buat kite,

Anonymous said...

Betul tu, kita kena ambil apa orang lain kata dan iktibar serta musabahah diri

dulukini said...

Memang lah kita salafi, kalau orang kritik dr maza dah tentu lah kita melenting,

sama jugak kalau orang kritik ust nik aziz, dah tentu orang pas melenting

aku rasa kita salafi ni ikut lah ulama salafi, tak payah nak ikut ulama pas

orang pas ikut lah ulama pas

kita tak payah kutuk pas, pas pun tak payah kutuk kita, sama-sama ada peranan

yang aku mushkil ni orang umno, kalau ada orang kritik ulama umno, mereka pun tumpang tokok tambah kutukannya, mana boleh macam tu

Anonymous said...

Inilah masalahnya apabila orang yang mufaraqah (mengasingkan diri) daripada perjuangan itu sendiri mula berbicara tentang PAS yang dia sendiri tidak kenal dan tidak berada di dalamnya.

Inilah masalahnya apabila orang hanya berjaya melihat PAS dari sudut kaca mata politik tanpa melihat ianya sebagai wasilah perjuangan Islam hanya kerana dia tidak berada di dalamnya dan tidak mengenal dasar perjuangannya.

Saya simpati terhadap orang-orang seperti ini yang hanya menilai luarannya sahaja, sedangkan banyak lagi kelebihan di dalamnya yang dia sendiri tidak rasai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails