TIDAK mudah bagi seorang anak Melayu menempa nama di bumi asing iaitu United Kingdom (UK), namun pencapaian wanita berasal dari Melaka ini cukup membanggakan apabila tudung rekaannya dipilih untuk dipakai polis wanita Muslim negara itu.
Cukup manis, tudung rekaan ibu tiga anak itu juga dalam perhatian pihak bomba wanita Islam UK serta untuk kegunaan polis wanita Muslim unit taktikal negara berkenaan.
Bagi wanita ini, Dr Eliesmaziah Alias, 45, atau lebih dikenali dengan Dr Elies dia mengambil langkah kanan ketika berjumpa beberapa polis ketika satu pameran di UK.
“Saya tengok material pakaian seragam mereka tidak sesuai untuk anggota polis, saya berbincang dengan mereka dan daripada situ bermulalah perbincangan saya dengan pihak atasan mereka.
“Tudung sukan jenama MoreSlim saya mereka gunakan untuk polis wanita Muslim barisan hadapan yang biasa seterusnya meminta saya membantu mencipta hijab yang sesuai untuk polis wanita Muslim taktikal unit,” katanya yang kini menetap di Manchester.
“Tudung sukan jenama MoreSlim saya mereka gunakan untuk polis wanita Muslim barisan hadapan yang biasa seterusnya meminta saya membantu mencipta hijab yang sesuai untuk polis wanita Muslim taktikal unit,” katanya yang kini menetap di Manchester.
Katanya, banyak kali rekaannya menjadi eksperimen polis UK dan berharap dapat menabur bakti juga buat pasukan keselamatan negara ini.
DR ELIESMAZIAH bersama keluarga.
“Tudung saya istimewa dan saya benar-benar berharap dapat membantu polis, tentera dan anggota keselamatan lain di Malaysia.
“Tudung saya lain daripada segi reka bentuknya, ciri-ciri keselamatan dan yang paling penting tentang komposisi fabriknya yang direka khas, ada pengesahan ISO (International Organization for Standardization) EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemists and Colorists) malah sangat selesa dipakai untuk waktu yang panjang, lama atau keadaan tertekan,” katanya.
Dia yang juga Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester berkata, tudung yang diberi nama MoreSlim itu sudah dipakai polis negara itu sejak Oktober tahun lalu dan sebulan selepasnya dia diminta mereka untuk pasukan taktikal unit pula.
“Ada dua rekaan tudung untuk mereka, hanya berbeza pada lambang pasukan mengikut kontinjen.
“Untuk polis biasa sama dengan tudung MoreSlim yang boleh dibeli orang ramai dan tudung yang khas pula untuk pasukan barisan hadapan. Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak dapat dedahkan jumlah berapa ramai polis wanita Muslim yang memakai tudung saya di UK,” katanya.
Menceritakan pengalaman sebaik tudung rekaannya dipilih pasukan keselamatan negara itu, Dr Elies berkata, dia sudah bekerjasama dengan mereka dari awal jadi tiada apa yang mengejutkan berikutan ia bukannya satu pertandingan.
"Tapi saya berasa gembira bekerja dengan mereka yang sentiasa menghormati ilmu dan kepakaran saya dan mengambil kira idea orang Malaysia.
“Mereka faham dan menghormati orang Islam. Ada cerita yang buat saya tersentuh, saya dihubungi seorang bos di salah satu kontinjen polis UK yang banyak berbincang dengan saya mengenai pakaian sesuai untuk polis wanita Islam terutama tudung.
“Saya diminta mereka tudung yang sesuai untuk polis Islam bertugas di barisan hadapan, tidak beberapa ketika, bos berkenaan menghubungi saya lagi dalam keadaan tergesa-gesa ingin menempah tudung yang sedia ada tanpa menunggu tudung istimewa siap berikutan minggu depannya terdapat seorang anggota polis wanita Islam mula bekerja dengan pasukannya. Lebih menyentuh hati saya, dia mahu anggotanya itu bersedia dan bertugas dalam keadaan selesa malah sanggup menggunakan duit sendiri membeli tudung saya,” katanya.
Katanya, tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018.
“Malah, saya kini turut dihubungi bomba wanita Muslim UK untuk mereka tudung untuk mereka,” katanya. (Mymetro)
3 comments:
Lim Guan Eng DAP benci Islam, ini buktinya.........
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus mendukung usaha pembangunan dan kebajikan Islam selaras dengan Perlembagaan, tegas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Menyatakan komitmen ini, katanya, peruntukan sebanyak RM5 juta telah disalurkan kepada Nasyrul Quran bagi menampung kos operasi 2019 dan membantu ia mencapai sasaran untuk mencetak 500,000 naskah mushaf al-Quran.
Tambahnya, ia adalah selaras dengan matlamat kerajaan PH yang dianggotai Bersatu, PKR, DAP dan Amanah bagi meneruskan agenda syiar Islam.
“Ini juga adalah ke arah mewujudkan masyarakat bertamadun dan bermaruah seperti yang digagaskan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata dalam ucapan pada majlis penyerahan cek di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya, semalam.
Kompleks Nasyrul Quran adalah pusat percetakan al-Quran yang diiktiraf sebagai yang kedua terbesar di dunia selepas Kompleks Percetakan al-Quran Raja Fahd di Madinah, Arab Saudi.
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada peruntukan yang telah diluluskan kerajaan PH kepada institusi dan badan Islam di Malaysia.
Menerusi Belanjawan 2019, katanya, kerajaan PH menyalurkan peruntukan sebanyak RM652 juta berbanding RM600 juta pada Bajet 2018 bagi menyelenggara dan menaik taraf semua jenis sekolah.
Peruntukan itu termasuk RM25 juta untuk sekolah pondok berdaftar yang mana telah disampaikan oleh Kementerian Kewangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Rawa pada Januari lalu.
“Kerajaan juga telah memberikan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk digunakan bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah tahfiz yang berdaftar.
“Tambahan lagi, peruntukan untuk hal ehwal agama Islam juga telah ditingkatkan sebanyak RM100 juta di dalam Belanjawan 2019, daripada RM1.1 bilion kepada RM1.2 bilion,” ujarnya.
Anon 4.06pm
Nothing new dgn berita ni. Dulu lge bagi pada ikram lagi banyak 13 juta kalau x silap. Hasilnya ikram jinak. Buatlah apa apa saja dap nak pada kedaulatan Islam, ikram akan bisu seribu bahasa. Waima nak jadikan negara ni sebagai negara republik sekular pun ikram diam. Macam telah kena kembiri.
Bantuan yg diberi itu pada asalnya bersifat baik dan wajar kita berterima kasih. Tapi jika dgn bantuan itu ianya diibaratkn seperti lesen besar untuk kafir campurtangan urusan Islam, maka nilainya telah menjadi dedak.
Ikram boleh la lge buat gitu. Teori yg sama tidak bole di alpplied kepada 27 juta muslim yang lain disini. Kalau budget 5 billion sekalipun untuk hal ehwal Islam, jangan harap la orang Islam akan anggap itu sebagai dedak. Jangan harap la orang Islam bakal berdiam jika Rasul dihina. Lagipun itu bukan duit titik peluh lge pun. Itu duit sumber hasil bumi negara Islam Tanah Melayu.
Silap Guan Eng sebab tak reka tudung....
Post a Comment