Press TV melaporkan, jawatankuasa tertinggi parti telah memutuskan untuk menggantung keahlian 14 anggota parti selepas didakwa menyebarkan kebencian secara dalam talian terhadap umat Islam, kebanyakannya di dalam Facebook yang mempunyai hubung kait dengan bekas Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson.
"Kami telah mengenal pasti beberapa individu yang juga anggota parti dan keahlian mereka digantung serta-merta," kata jurucakap Konservatif sambil menambah halaman yang ditubuhkan oleh 'peminat' Johnson tidak berkaitan sama sekali dengan parti itu.
Baru-baru ini, Dorinda Bailey yang didakwa menguruskan halaman Facebook Johnson menyiarkan isi kandungan berbentuk Islamofobia dalam media sosial itu termasuk mendesak supaya semua masjid di Britain 'dihapuskan'. (IH)