Friday, March 08, 2019
MCA, MIC Kekal BN. Terima Sepakat UMNO-PAS. PH Meracau?
Mesyuarat pertama Dewan Tertinggi BN yang diadakan sejak kekalahan gabungan itu tahun lalu berakhir hari ini tanpa sebarang kata sepakat mengenai sama ada untuk membubarkan BN.
Pemangku Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata presiden MCA Wee Ka Siong membentangkan usul itu semasa mesyuarat.
"Mesyuarat itu tidak mencapai kata sepakat untuk membubarkan BN.
“Kita memang tahu (cadangan untuk bubar BN) dan ia tak akan berlaku sebab saya memang tak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Kami masih utuh," kata Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bermula sekitar jam 11 pagi dan berakhir selepas dua jam setengah.
Awal minggu ini Presiden MCA Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC S A Vigneswaran mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahu meneroka pakatan baru.
Bagaimanapun Wee dan Vigneswaran tidak menyatakan secara jelas rancangan mereka untuk meninggalkan BN.
Mengulas lanjut, Mohamad juga berkata bahawa Umno dan MIC melihat tidak ada keperluan untuk membubarkan BN.
Mengikut sumber kami MCA dan MIC menerima persepakatan UMNO dengan PAS setelah diterangkan secara jelas oleh Tok Mat.
MR : Lagi meracau PH
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment