Monday, March 04, 2019

Air Sejak 1962.(3Sen 1,000Gal-Video) Siapa Lemah? Termasuk Tun M?

Semua pihak termasuk Johor mesti hormati terma perjanjian air 1962, kata Singapura
Osman dilaporkan berkata Johor telah membayar bagi bekalan air terawat dari Singapura selama ini, dan perancangan untuk memenuhi keperluan sendiri untuk air terawat akan dimuktamadkan tidak lama lagi. - Gambar fail

Semua pihak termasuk Johor mesti hormati terma perjanjian air 1962, kata Singapura

SINGAPURA: Singapura berpegang kepada pendirian bahawa semua pihak termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian Air 1962.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) berkata Singapura menarik perhatian kepada perancangan kerajaan negeri Johor untuk meningkatkan kapasiti bagi pengeluaran air terawat untuk memenuhi keperluannya sendiri.


"Ini tidak menjejaskan pendirian Singapura bahawa semua pihak, termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian Air 1962 dan mana-mana pihak tidak boleh secara unilateral mengubahnya, "kata jurucakap MFA.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pertanyaan media berhubung kenyataan oleh Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian pada 1 Mac.

Osman dilaporkan berkata Johor telah membayar bagi bekalan air terawat dari Singapura selama ini, dan perancangan untuk memenuhi keperluan sendiri untuk air terawat akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

"Tetapi perkara ini masih lagi di peringkat perancangan dan saya tidak dapat berkongsi butirannya ketika ini sehingga perancangan ini bersedia untuk dilaksanakan," kata beliau.
-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat Video ucapan Tun M di bawah ini.. Perjanjian air sejak 1962.(3Sen 1,000Gal) Siapa lemah? PM-PM terdahulu, termasuk Tun M sekarang?


7 comments:

Anonymous said...

Zenith: Dakwaan Raja Petra rekaan semata-mata

Susan Loone
4 Mac 2019, 11:42 tengahari (Dikemaskini 4 Mac 2019, 12:28 tengahari)

A A
Syarikat pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) menafikan dakwaan rasuah yang disiarkan laman Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin.

Pengarah Eksekutif Kanan CZC Zarul Ahmad Zulkifli menyifatkan artikel tersebut - berkenaan projek terowong dasar laut dan projek jalan raya di negeri itu - sebagai "jahat".

Ditanya sama ada beliau merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra, Zarul berkata "ia satu pembaziran sumber kerana dia tiada dalam negara."

"Saya mahu menumpukan masa dan usaha untuk projek ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menafikan dakwaan Raja Petra itu, Zarul berkata ia "rekaan semata-mata" dan jelas bertujuan memburukkan namanya, syarikat dan kerajaan Pulau Pinang.

Terdahulu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan Malaysia Today sebagai "pembohongan mengarut" dan berkata CZC mendapat kontrak projek itu melalui tender terbuka.

Antara dakwaan itu adalah berkenaan pengakuan Zarul - dikatakan menerusi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor - memberi rasuah kepada exco kerajaan negeri, dan Lim salah seorang daripadanya.

2 Februari lalu, SPRM membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut, Zarul berkata syarikatnya sudah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan terperinci SPRM.

Anonymous said...

Pas percaya cerita bohong RPK kerana pas pon kaki bohong..

Anonymous said...

Kalo madey lemah kenape pas terhegeh2 nak pertahankan madey di parlimen?...madey mibtak pas tolong ker?...

Anonymous said...

Ya, PM PM dulu lemah! Tapi Tun M PM Malaysia Baru sekarang negarawan hebat! MB Johor sekutu PH dan berani mcm PM Tun M, nak rawat sendiri air bersih utk rakyat Johor dgn harga yang lebih murah berbanding beli semula dari s`pore dgn harga tinggi! Harap2 takde yang sokong Israel Asia tuh pertahan perjanjian yg MERUGIKANH Johor dan Malaysia tuh. IH dungu tau ke?

Anonymous said...

Belon dapat sema untk rakyat, dah dpt sok, bil SAJ melambong lambong, macam ari ni jugak! sema korang sama je, jadi hamPAS bila berkuasa!

Anonymous said...

Semoga Tun jadi pm hingga pru15. Itu jer permintaan akar umbi rakyat. Kalau Tun tak larat dan uzur then terpulanglah Tun nak serah kat sapa.

Pulas ke kiri jadilah wakil ph pm. Pulas kanan maka jadilah wakil penyatuan ummah pm. 'Masterkey' ada kat Tun. Cumanya that key only valid bagi tempoh keberadaan kerajaan pru14. Pru15 totaly different scenario

Anonymous said...

Expiry date 4 Tun M is on 9th Mei 2020. More then that can be worse 2 him . The People is the real `Masterkey`. Anwar Ibrahim will take turn then, no right no left but streight away mr editor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails