Thursday, March 07, 2019

Pastikan PH Ranap Lagi Di DUN Rantau 12 Apr Ini.




PAS pastikan Umno menang PRK Rantau
PAS dengan ini mengesahkan akan memastikan calon Umno memenangi dan mengekalkan kerusi Dun Rantau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun berkenaan yang akan diadakan pada 13 April 2019 nanti.
Perkara ini merupakan ‘obligasi mandatori’ PAS selaras dengan ta'awun siyasi yang telah dimeteraikan oleh PAS dengan Umno pada 5 Mac 2019 lalu.
PAS akan menggabungkan Jentera Pilihan Raya PAS di peringkat Kawasan Rembau dan Negeri Sembilan dengan Jentera Pilihan Raya Umno bagi memastikan semua gerakerja kedua-dua parti akan berjalan dengan lancar dan berkesan. 


PAS yakin Umno yang akan mengekalkan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, sebagai calon akan terus diberikan mandat dan kepercayaan rakyat khususnya Pengundi Dun Rantau bagi mewakili mereka. Ini berdasarkan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang, bukan sahaja kepada rakyat Dun Rantau, malah seluruh rakyat Negeri Sembilan. 
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN 
Setiausaha Agung PAS 
Bertarikh: 6 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 6/3/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pastikan PH ranap lagi di PRK DUN Rantau 12 Apr ini, Insya Allah! Jom sama-sama sokong PAS, yang automatik sokong UMNO!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails