Thursday, March 07, 2019

UMNO/PAS Isytihar Perang! Kenyataan Huru-hara. G/Eng Perlu Tanggungjawab.

Tangkap layar

KUALA LUMPUR 6 Mac - Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa UMNO dan Pas sedang 'mengisytiharkan perang' terhadap masyarakat bukan Melayu dianggap sebagai satu hasutan yang boleh membakar kebencian antara kaum dalam negara ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Guan Eng perlu bertanggungjawab dengan kenyataan itu dan pihak berkuasa perlu segera menyiasat Setiausaha Agung DAP tersebut.
“Belum pernah dalam sejarah Malaysia, seorang ahli politik membuat kenyataan menghasut seperti Lim Guan Eng yang mengatakan kerjasama UMNO dan Pas sebagai 'pengisytiharan perang' antara kaum. Sokong atau tidak sokong kerjasama seumpama ini, itu adalah hak dan pilihan masing-masing.
“Sekiranya kenyataan ini keluar daripada mulut rakyat biasa, pasti mereka ditangkap oleh polis kerana menghasut tetapi sebagai seorang menteri Kabinet, sudah tentu Guan Eng terlepas daripadanya,” katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook miliknya di sini hari ini.
Portal Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu 'pengisytiharan perang' ke atas masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di bawah panji penyatuan Melayu.
Walau bagaimanapun, Malaysiakini memaklumkan bahawa Guan Eng telah memperbetulkan kenyataannya itu dan frasa ‘pengisytiharan perang’ diubah kepada ‘menyasarkan’.
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pula menyifatkan Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan sebegitu untuk memperoleh kelebihan politik.
Kata beliau, Guan Eng seolah-olah terlupa bahawa DAP sendiri pernah bekerjasama dengan Pas sebelum ini melalui Pakatan Rakyat (PR).
“Dia (memberi kenyataan) mengikut kesesuaian dan mengikut (arah) mana yang dia boleh dapat kelebihan politik,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE

Kenyataan Guan Eng boleh cetus huru-hara, ambil tindakan di bawah Akta Hasutan - Tajuddin
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR 6 Mac - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan setelah Menteri Kewangan itu menyifatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas sebagai  menyasarkan bukan Melayu di bawah panji 'perpaduan Melayu'.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia suatu kenyataan daripada seorang menteri tidak bertanggungjawab yang mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.
“Pihak berkuasa mesti ambil tindakan di bawah undang-undang  hasutan.
“Kenyataan Guan Eng ini boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan
huru-hara. Ekonomi negara juga akan terjejas. Pelabur akan lari,” kata Tajuddin kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp malam ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails