Friday, March 08, 2019

Miss Universe Malaysia Pesta Maksiat, Di Bawah PH, Tiada Perubahan Apa-apa.

Aura terserlah! Gadis Punjabi Shweta Sekhon dimahkota Miss Universe Malaysia 2019 Shweta Sekhon miliki aura seorang pemenang dan diyakini mampu membawa nama Malaysia dengan baik di pentas Miss Universe kelak.

Aura terserlah! Gadis Punjabi Shweta Sekhon dimahkota Miss Universe Malaysia 2019

KL: Menepati ramalan, itu kata-kata penonton yang hadir pada Malam Gala Miss Universe Malaysia 2019 apabila gadis berketurunan Punjabi, Shweta Sekhon diumumkan sebagai pemenang.
Berusia 22 tahun, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan penyandang Miss World Malaysia untuk edisi 2016.
Menerusi acara yang berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur itu, Shweta mengenepikan saingan daripada 18 peserta lain yang turut sama pamer kehebatan dan kebolehan mereka yang tersendiri.

Acara dimulakan dengan kesemua 18 peserta menggayakan pakaian mandi sebelum sepuluh peserta terbaik dipilih untuk mara ke pusingan Top 10.
Seterusnya menerusi pusingan Top 10, penonton disajikan dengan persembahan hebat daripada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid yang mengiringi kesemua 10 peserta di atas pentas memperagakan gaun malam masing-masing.
Kesemua 10 peserta di peringkat suku akhir ini seterusnya diadili untuk membolehkan juri memilih empat yang terbaik ke pusingan akhir.
Mereka adalah Shweta, Tessminderjit Kaur, 23, Lee Su Hsien,25, dan Frost Yaw Hui Jing, 25.

Empat finalis yang berentap di pentas akhir, Tessminder (Tess), Shweta, Frost dan Su Lee bergambar selepas sesi sidang media. Empat finalis yang berentap di pentas akhir, Tessminder (Tess), Shweta, Frost dan Su Lee bergambar selepas sesi sidang media.
Mengikut format acara Miss Universe sebenar, pusingan akhir ini menyaksikan keempat-empat peserta diberikan soalan sama dengan durasi masa menjawab selama 30 saat.
Nyata jawapan yang diberikan Shweta cukup membuat dirinya layak untuk digelar juara disertakan dengan aura hebatnya sewaktu berada di atas pentas.
Shweta akan mewakili negara ke pentas Miss Universe pada tarikh yang akan diumumkan oleh organisasi Miss Universe pertengahan tahun ini. (AA)


Komen Weblog Ibnu HasyimMiss Universe Malaysia adalah pesta maksiat. Di Bawah PH, sama saja dengan kerajaan bukan Islam lain tiada perubahan apa-apa, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) termaktub Islam Agama Bagi Persekutuan.

3 comments:

ikan said...

BEST LAGI NIKAH MUTAAH. KESIAN IKATAN DGN PCM DAH KENA CERAI AGAKNYA. INGAT NAK TUNGGANG NO TENGOK JADI KHADAM JE. KHADAM TIN MILO KOSONG. NAMPAK MACAM DIA TAPI BUKAN SI DIA..., MEMANG LAYAK LA USUNG TIN MILO... TAKDIRR

Anonymous said...

IKAN ini (March 8, 2019 at 12:20 PM) contoh kacang merah busuk jilat juboq gian ngong'

Ingat pesan editor

PERHATIAN:
Kalau kepada pengomen-pengomen 'kacang merah' anti Islam, kita tak layan. Kerana,

1.tiada hujah atau hujah bodoh
2.memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
3.menghina Islam dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
4.penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
5.lucah, mencarut dan biadab.

-Dari Editor

I said...

Ada perbedaannya.. saya tak tau pun hal ini hingga baca blog ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails