Friday, February 05, 2010

Isu Disiplin PAS: Air Tenang, Siapa Buayanya?


PEMUDA PAS akan mendapatkan penjelasan seorang exconya kerana mempertikai kewibawaan jawatankuasa disiplin parti yang dipengerusikan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, secara keras dan terbuka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, exco berkenaan, Abdullah Abdul Karim akan diminta menjelaskan sebab dan rasional kritikannya yang diutarakan melalui satu kenyataan pada hujung minggu lalu. Abdullah dilaporkan berpendapat, keputusan jawatankuasa disiplin PAS yang bersidang pada 29 Januari lalu tidak boleh diterima dan menghantar isyarat yang salah terhadap rakyat Malaysia.

Keputusan tersebut digambarkan sebagai berat sebelah apabila Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dilihat tidak sealiran dengan Khalid, hanya diberikan amalan bertulis, walaupun kedua-kedua mereka didapati bersalah. Abdullah bagaimanapun dijadual berlepas ke United Kingdom beberaha hari lagi dan akan menginap di sana selama setahun.

Sebelum itu, apa yang disifatkan ketegangan dalam PAS akibat kritikan keras seorang exco Pemudanya terhadap kewibawaan jawatankuasa disiplin dianggap telah ditutup kerana pemimpin berkenaan telah memohon maaf, kata setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Menurutnya, exco tersebut, Andullah Abdul Karim dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut, masing-masing telah berhubung bagi menyelesaikan ketegangan tersebut.

Keputusan kontroversi pada 29 Januari lalu dikritik hebat di blog-blog yang mengamati politik PAS dan dianggap berat sebelah apabila seorang lagi tertuduh, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hanya diberikan surat amaran sahaja.

Kemuncak ketidakpuasan hati itu, Abdullah - yang juga timbalan ketua Pemuda Pahang dan ahli jawatankuasa PAS negeri di bawah pimpinan Tuan Ibrahim - sendiri secara terbuka mengeluarkan kenyataan menghentam keputusan tersebut.

Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengakui telah berhubung dengan Tuan Ibrahim berhubung ketegangannya itu dengan Tuan Ibrahim. Bagaimanapun Abdullah berkata beliau tetap berpegang kepada tegurannya dan tidak mahu menariknya kembali walaupun sepatah.

"Saya minta beliau baca kembali kenyataannya (di blog) kerana faktanya yang berkaitan dengan saya tidak betul.

"Buat masa ini saya tidak mahu keluarkan kenyataan, Saya tidak mahu keruhkan suasana," katanya ketika dihubungi semalam.

"Saya juga telah hantar emel kepada pimpinan (PAS) pusat, dan buat salinan kepada naib-naib presiden, termasuk setiausaha agung, minta beliau (Tuan Ibrahim) perbetulkan kerana ia amat tidak tepat."

Abdullah enggan mendedahkan "perkara yang tidak tepat itu" kepada media buat masa ini. Dalam perkembangan berkaitan, Khalid yang sebelum ini akur dan diam kelihatan memulakan pencaknya dengan 'menyiku' keputusan tersebut.

"Saya sedih kerana hasil keputusan jawatankuasa disiplin, imej PAS tercemar. Selama ini PAS dilihat sebagai 'weak link' di Selangor.

"Apabila disebut kerajaan PR akan jatuh kerana ada yang akan melompat, semua melihat pada PAS," katanya.

Menulis di blognya lewat petang semalam, pemimpin PAS yang terkenal dengan ketegasan dan kelantangannya itu turut membela Abdullah yang bermati-matian mempertahankannya.

"Saudara Abdullah, seorang AJK Pemuda (PAS) Pusat yang tidak langsung berkepentingan dalam isu ini menjadi marah. Apa sebabnya? Kita harus tanya diri kita sendiri.

"Jangan pula kita menempelaknya dengan ugutan tindakan atau tuduhan tidak bertanggung jawab dengan mengatakan 'kritik kemudiannya tinggal'," tulis Khalid.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Air tenang jangan disangka tiada buaya. Perlu disiasat, siapa buayanya? (Sumber Malaysiakini.com/AK)

5 comments:

Anonymous said...

MUstafa Ali and the UG gang tak boleh diharap...kaki penipu demi kepentingan diri..

nasir said...

Waktu sekarang dah banyak yang tak sabar . Masing2 rasa diri hebat dan benar . Sirah Rasululllah s.a.w banyak menunjuk tetapi masih tidak diambil kira . Perjuangan PAS sekarang pun makin lain jadinya ... Kuasa dijadikan matlamat dan Islam hampir menjadi alat . Jika tiada kuasa maka lemahlah perjuangan ? Kemenangan akan ALlah berikan bila kita sudah layak untuk menerimanya tak perlulah nak asyik2 pengundi2 .

Bila takdak modal asyik keluar UG2 ... entah apa penyakit golongan2 sebegini . Sudah muktamar pun masih tak puas hati nak EGM la apa la ... Kalau dalam EGM nanti tak dapat jugak maka akan disumpah seranah perwakilan2 takdak otak .. ajen UMNO dsnya ...... Maka eloklah kalau PAS masih kekal sebagai pembangkang. .

Anonymous said...

Mustafa Ali buaya longkang!!!!

Anonymous said...

SALAM SEMUA,

KENAPA NAK MARAH SANGAT DENGAN CIKGU PA TUH?

KALAU BETUL BUAYA ADA, GUNAKAN SALURAN YANG BETUL UNTUK TANGKAP BUAYA TUH.AKU PUN BANYAK JUGAK BENGANG DENGAN ORANG, TAPI TAK BOLEH TUDUH2 GITU.
MANATAHU CIKGU PA SEBAGAI ORANG YANG DIZALIMI KERANA DITUDUH TANPA SEBAB OLEH KORANG SEMUA`, TIBA2 BERDOA KERNA DIZALIMI OLEH KENYATAAN KORANG?

TAKKANLAH NAK TUNGGU TUHAN TUNJUK KAFFARAH KEPADA KORANG KERANA FITNAH NI?

IBNU HASYIM PUN TURUT BERSAMA TANGGUNG DOSA KERNAAN BUKA BLOG YANG MEMFITNAH PIMPOINAN PAS. TAUBAT LAH WEIII N MINTA MAAF DGN CIKGU PA SEMASA DIA MASIH HIDUP.

Ibnu Hasyim said...

Alhamdulillah.

Saya teima kritik tuan. Boleh saya tahu siapa tuan. Baru sedap nak berbincang.

Biar tahu tangan yang membaling.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails