Sunday, January 31, 2010

25 Ajaran Sesat di S'ngor. Freemason & SIS Bagaimana?


Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Foto THE STAR Oleh: SAM THAM.

SHAH ALAM: Sebanyak 25 ajaran telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai ajaran sesat di negeri ini sejak tahun 1990an hingga kini. Antara ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat ialah,

1.Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya,
2.Ajaran Nordin Puteh,
3.Tarikat Mufarduyah,
4.Ajaran Hj Ghazali Othman,
5.Ajaran Zamree Ab Wahab,
6.Fahaman Syiah,
7.Tarikat Al-Hasaniah,
8.Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol,
9.Ajaran Tijah@Khadijah Ali,
10.Ajaran Islam Lamaah,
11.Ajaran Qadani,
12.Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit.
13.Ajaran Ilmu Ahmad Laksaman,
14.Ajaran Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau,
15.Ajaran Martabat Tujuh,
16.Golongan Anti Hadis,
17.Ajaran Kahar Ahmad,
18.Aurad Ismailiah,
19.Al-Arqam,
20.Ajaran Syed Mohamad Al Masyhor,
21.Ajaran Sulaiman,
22.Ajaran Qadani dan
23.Ajaran Banuar Roslan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, selain 25 ajaran yang telah disahkan sebagai sesat itu, pihaknya juga sedang menyiasat 35 kes lagi yang dilaporkan sebagai sesat.

"Ini termasuk kes perbomohan, ada juga kes seorang budak dapat melihat alam ghaib dan dapat mengubat orang sakit," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama mStar Online.

Beliau menjelaskan, tidak sepertimana yang disangka ramai, pihak jabatan tidak terus menjatuhkan fatwa hanya berdasarkan aduan atau laporan awam melainkan setelah menjalankan siasatan terperinci mengenai kandungan ajaran sesuatu tarikat atau amalan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk diputuskan.

"Memang kita memerlukan masa yang panjang kerana kita memerlukan bukti kukuh. Tetapi ada juga ajaran yang tidak dapat difatwakan kerana tidak cukup bukti.

"Untuk memfatwakan seseorang itu salah dan sesat bukan mudah kerana ini soal akidah. Kalau kita silap kita bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat. Sebab itu kita mengambil masa yang lama untuk putuskan,” katanya.

Beliau menambah, Jais tidak boleh mengambil tindakan terhadap kumpulan yang sedang disiasat sehingga ia difatwakan.

Ditanya sama ada 'freemason' dan 'illimunati' tergolong dalam ajaran sesat, Mohammed Khusrin berkata: "Pada pendapat saya ia bukan ajaran Islam maka ia tidak boleh dikira sebagai ajaran sesat.

Menurut beliau yang ditafsirkan sebagai ajaran sesat ialah ajaran yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam.

"Selalunya orang yang menyebarkan ajaran sesat ini mengaku dirinya Islam tetapi dia menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan akidah," katanya.

Mengulas lanjut isu berkenaan, beliau berkata, tempoh masa yang agak lama diperlukan untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti mengenai sesuatu ajaran sebelum ia dikategorikan sebagai ajaran sesat.

Mengenai garis panduan yang digunakan Jais, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap ajaran yang didapati bertentangan dengan syarak dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Kita berpandukan ajaran al-Quran, hadis, Ijmak Ulamak dan fatwa. Contohnya kumpulan tarekat memang sukar untuk dipastikan mereka menyeleweng atau sebaliknya.

"Ini kerana kita terpaksa ikut dan masuk dalam kumpulan itu dan kita lihat serta kaji zikir mereka," katanya.

Tambah beliau, ajaran sesat bukan mudah untuk dikesan dan untuk mengesan ajaran sebegini pegawai-pegawai Jais akan menyamar dengan menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan tersebut bagi melihat sendiri ajaran yang dibawa oleh kumpulan berkenaan.

Justeru, bagi membendung masalah tersebut, Mohammed Khusrin berkata, Jawatankuasa Panel Akidah yang dipengerusikan oleh Mufti Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Tamyes Abdul Wahid dan beberapa pakar dalam bidang syariah dan akidah akan menjalankan sesi kaunseling dengan mereka yang disyaki terlibat dalam menyampaikan ajaran sesat di negeri itu.

"Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa.

"Akan datang kita akan panggil Tarekat Nasabandiyah untuk dapat penjelasan dan cuba membetulkan akidah pemimpin kumpulan ini," katanya.

Selain itu, katanya, Jais dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa mengadakan ceramah dan dialog dengan orang-ramai dari semasa ke semasa.

"Kita akan pergi memberi ceramah dan dialog di daerah dan kawasan yang kita kenalpasti seperti di Gombak, Ampang kerana kawasan ini menjadi tumpuan.

"Kita juga turut mengedarkan risalah dan menyampaikan khutbah Jumaat untuk sedarkan masyarakat tentang bahayanya ajaran sesat ini," kata beliau. ( Sumber: mStar Online/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Adakah SIS (Sister in Islam) juga termasuk ajaran sesat ataupun tidak sesat yakni dibolehkan? Atau digolongkan seperti Freemason yang bukan dari ajaran sesat tetapi sudah diluar dari ajaran Islam. Bagaimana pula dikatakan ada orang Islam yang menjadi ahli freemason? Dikatakan juga Freemasan & SIS terdiri dari kalangan individu & keluarga pembesar dan orang kenamaan negara? Wallahu 'aklam.

14 comments:

Anonymous said...

ulama akan diam membisu bilamana kedudukan duniawi terjejas utk berani bersuara dlm hal2 yg berkaitan dgn pembesar2atau kaitan negara SIS freemasin dah terang lagi bersuloh mana satu ulama yg beranikelaur utk bersuara?

so jawapannya sudah cukup jelas...tapi disebaliknya meraka akan berkokok bila umlama2 yg bukan sealiaran dgn mereka walau perkara itu BENAR dan AMANAH

wassalam

Pacifist said...

islam liberal turut menular ke negara kita.dgn kenyataan/hujah yg bercanggah dgn majoriti ulama kita.ttp nampaknya mereka mendapat kedudukan dlm negara kita.sudah menjadi lumrah,organisasi spt ini dan yg seangkatan dgnnya akan mempengaruhi individu yg mempunyai kedudukan supaya fahaman mereka akan dilindungi.sejarah membuktikan bagaimana lobi yahudi berjaya menguasai negara amerika dgn mempengaruhi individu yg berjawatan.

Anonymous said...

Bagaimana pulak halnya dgn Jemaah 30 yg dikenali sbg PUTIH dan 36/360yg dikenali sebagai MERAH begitu juga 77 yg skarang tukar jd 777 atau PEKIDA atau PEKIMA atau PEWARIS? adakah kumpulan ini dikenali sebagai NGO? bukankah nak jadi ahli kena "potong" atau "Baiah" atau angkat sumpah junjung Quran bersumpah dgn nama Allah mengaku jadi tentera fisabilillah? tp hakikatnya mereka berlagak mcm samseng dalam sumpah baiah mengaku adik-beradik nak jaga bangsa meayu tapi byk yg makan melayu sendiri bergaduh sesama melayu adik-beradik ni nak rebut kawasan, bersekongkol dgn ahli kongsi gelap cina. Ini bukan berkaitan dgn agama ke?

Anonymous said...

Kenapa JAIS x nak pantau atau ambil tahu tentang perkara ini? sedangkan hal ni dah tersebar luas diMalaysia dan bukan 1 rahsia lg. Tanyalah dgn budak2 skolah umur 12 13 tahun pun dah tau pasal PUTIH MERAH ni. Angkat sumpah junjung Quran pedang letak kat tengok lafaz sumpah guna nama Allah tak berkaitan dgn akidah & agama ke? Ahli tarekat hormatkan guru kata taksub ahli2 30/36/777/308(Putrajaya) atau Putih/Merah atau PEKIDA/PEKIMA/PEWARIS ni yg taksubkan "AYAHANDA" smpai sggup lawan cakap mak bapak kandung tak salah ke? tak bertentangan dgn ajaran islam ke?

Anonymous said...

ahli2 Putih/Merah yg baiah junjung Quran ni lepas baiah ngaku adik-beradik gi join cina india kongsi gelap jaga disko, minum mabuk2, samun, rompak, pukul org sesuka hati pantang salah skit dgn sesama melayu trus panggil adik-beradik ajak bergaduh tu tak salah ke? JAIS JAWI peganglah amanah Allah btul2 dlm menegakkan syiar islam.

Permanent Head Damage said...

Assalammualaikum saudara..bukan kah elok jikalau anda bergaul dgn geng2 yg anda katakan itu...kita duduk bercampur dgn diorang nak tak??kalo tak nak baik kita diam..drpd kita di panggil sebagai tin kosong...

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.h. Ibnu Hasyim,

Bukankah golongan freemason itu salah satu cabang daripada agenda Yahudi (Bani Israil), Zionis dan sekutu-sekutu mereka, i.e. munafik dan sebagainya? Sejak bila kumpulan sedemikian berpengkalan di Malaysia? Setahu saya, Kelab-kelab Lion dan Rotary memang sudah lama ada di Malaysia.

Sejak bila Malaysia mempunyai hubungan dengan Yahudi (Bani Israil), Israel dan Zionis?

Semasa pasukan kriket Israel dijemput ke Malaysia, siapakah ahli-ahli kabinet dan penganjur yang terlibat?

Jazakallah khair.

Hakimi bin Abdul Jabar
83000 Batu Pahat, Johor
1 Zulhijjah 1435H/26 September 2014
10.25 pagi

Unknown said...

Perhh ni mmg btl dn tepat. Hahaa. Bagus2!!

Unknown said...

Btl2 huhu.

Unknown said...

Biase la setan yg hujan dlm hati..

Unknown said...

Biase la setan yg hujan dlm hati..

Unknown said...

Btl2 huhu.

Unknown said...

Perhh ni mmg btl dn tepat. Hahaa. Bagus2!!

Hakimi Abdul Jabar said...

Assalamualaikum wbt Ibnu Hasyim,

Iqra'!

http://arruhuljadid86.blogspot.my/2008/10/bahaya-bakal-pm-malaysia-anggota.html

Saya dah lama baca Surah Al-Mujaadalah.

Jazakallah khair.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails