Wednesday, February 03, 2010

Lagi Maksiat Di Pusat Hiburan, Tentukan Garis Panduan Hiburan..

Nampaknya pihak kerajaan tidak mampu menghapuskan kegiatan pusat-pusat hiburan begini, apakah tidak ada jalan selesai? Mana politikus-politikus yang kononnya hebat-hebat di Malaysia? Mana kementerian yang membela kaum wanita? Cakap kosong saja. Porrah!!

KUALA LUMPUR: Selepas sehari kegiatan pusat hiburan yang diberi jolokan `syurga karaoke janda’ didedahkan Harian Metro, sepasukan polis menggempur premis terbabit di Taman Maluri, Cheras di sini, selepas menyamar pelanggan hampir sejam, jam 2.30 pagi semalam.

Operasi dilakukan anggota Bahagian Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama beberapa pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu dijalankan dengan teliti bagi memastikan usaha memerangkap dan menahan individu menyediakan khidmat seks di kalangan pelanggan pusat karaoke itu berhasil.

Ketua Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata serbuan dilakukan selepas perancangan terperinci dibuat bagi memastikan individu bertanggungjawab diberkas. “Kami mengambil masa hampir sejam untuk memerangkap mereka. Polis menahan dua lelaki dipercayai pengurus pusat karaoke itu bersama seorang wanita yang dipercayai ibu ayam bersama lapan pelayan. “Seorang daripada mereka didapati positif dadah. Polis turut merampas sebuah buku nota yang digunakan pelayan sebagai catatan setiap kali menerima tempahan pelanggan,” katanya.

Semua ditahan berusia antara 20-an hingga 40-an dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. “Mereka direman tiga hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan mengenai kegiatan pusat karaoke itu yang didakwa turut menyediakan khidmat seks kepada pelanggan. Difahamkan, pusat berkenaan menyediakan pelayan terdiri janda yang memiliki tubuh menggiurkan sebagai tarikan kepada pelanggan. Pusat karaoke itu turut menyediakan kerusi panjang dalam tandas dipercayai digunakan sebagai ‘katil’ kepada pelanggan yang mahukan khidmat seks.

Turut menjadi tarikan ketika waktu puncak apabila lampu bilik karaoke terbabit akan dipadamkan sebagai isyarat membolehkan pelanggan `melakukan’ pelbagai aksi kepada pelayan ditempah.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pihak berwajib perlu kaji semula kegiatan pusat hiburan yang banyak melahirkan kes-kes jenayah dan maksiat. Perlu tentukan garis panduan hiburan menurut Islam. (Harian Metro/AK)

3 comments:

malaysia baru said...

Pelacur vs Isteri: Daging haram vs Daging halal

Betulke kerajaan BN/UMNO nak haramkan daging haram, i.e pelacur dan yg seumpamanya?

Dah berpuluh tahun...tapi tak serik2 pun.

Apa di harap dari BN/UMNO.

Anonymous said...

Apa itu B N

Barisan Nasional

Barisan yang di asaskan garis 'Nasional' atau lebih kepada mengikut puak

Anonymous said...

Cerita sesuatu jenayah di negara ini...selalunya di belakannya ada pegawai kerajaan Melayu makan rasuah.

Say NO kepada RASUAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails