Sunday, January 04, 2015

2014: Pesepakbola & Suporter Dunia Masuk Islam.

Pesepakbola dan Suporter Dunia Jadi Mualaf di 2014  
 Suporter bola sepak yang datang ke Piala Dunia 2014 menyatakan masuk Islam, setelah membaca kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

SUKAN

SEPANJANG 2014, tidak hanya selebriti dan ahli politik yang membuat keputusan memeluk Islam, tetapi ramai juga pemain bola sepak dan suporter dunia juga memilih cara hidup Islam dengan memeluk agama Islam.

Pelbagai cerita menarik bagaimana mereka mendapatkan hidayah diungkapkan. Lantas siapa saja mereka? berikut ulasannya;

1. Francois Bracci, Perancis

Bekas pemain bola sepak antarabangsa Perancis ini mengumumkan telah menjadi muslim pada April 2014. Lelaki yang kini menjadi jurulatih kelab liga Algeria, Laghouat Club, ini sebelumnya telah melatih pasukan-pasukan di negara-negara Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria sejak 2003.

Bracci, 63 tahun, berkata ia telah belajar tentang Islam dan ajarannya semasa berada di tiga negara Islam tersebut. Setelah cukup lama mempelajari Islam, Bracci akhirnya memutuskan menjadi mualaf.

2. Emeka Ezeugo, Nigeria

Pada Januari 2014, pesara skuad Piala Dunia Nigeria ini memutuskan untuk memeluk Islam setelah membaca kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Ezeugo, 46 tahun, pernah memperkuat pasukan Nigeria di Piala Dunia 1994. Ia merasa terhormat boleh menjadi pengikut Rasulullah yang dianggapnya sebagai nabi terhebat di antara para nabi Allah. Ezeugo yang menukar namanya menjadi Mustafa ini merasa kuat setelah memeluk Islam.

3. Pasukan Bola Sepak Cameroon

Pada September 2014, seluruh pemain pasukan bola sepak Cameroon yang berjumlah 23 orang memutuskan untuk menjadi muslim apabila melakukan lawatan ke Dubai. Saat itu mereka datang untuk mewakili sebuah akademi bola sepak untuk tuna wisma, yatim piatu dan pembinaan pemuda.

Masa melakukan training camp, seluruh pasukan sangat terkesan dengan kedamaian dan ketenteraman yang terpancar dari Islam.

4. Suporter di Piala Dunia 2014

Tidak kurang dari 19 suporter sepakbola yang datang ke Piala Dunia 2014 di Brazil menyatakan masuk Islam pada Julai lalu. Mereka memutuskan menjadi masuk Islam selepas bertemu dengan pasukan dakwah yang tersebar di pelbagai tempat pertandingan.

Kejohanan terbesar di bumi itu menjadi awal bermulanya kempen untuk mengenalkan Islam yang damai di bawah kepimpinan Federation of Muslim Association di Brazil kepada ribuan penyokong pasukan bola sepak dari seluruh dunia. (IH/Hidayatullah)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails