Friday, January 09, 2015

Hina Nabi: I/Hasyim Sokong Ujang, C/Hebdo 'warning' Kepada Kartunis.


Serangan Charlie Hebdo: Ini 'warning' kepada semua kartunis - Ujang
UJANG: Jangan 'main api' dengan perkara agama 

KL: WEBLOG Ibnu Hasyim bersetuju dengan kenyataan Ujang, bahawa semua kartunis diminta menghormati sensiviti agama ketika berkarya dan mengambil iktibar daripada insiden serangan ke atas pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo.

Kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon berkata, ia dilihat sebagai amaran kepada semua kartunis di seluruh dunia untuk berhati-hati dan peka dengan isu itu, terutamanya yang menyentuh isu agama.

"Ini warning (amaran) jelas kepada kartunis sendiri. Perkara ini bukan baru berlaku namun sudah lama disedari dan tidak harus diambil remeh.
"Jangan 'main api' dengan perkara agama, apa yang berlaku di Paris itu harus dijadikan teladan," kata Ujang ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

"Apa yang berlaku di Perancis perlu dijadikan panduan kepada kartunis atau penulis-penulis di Malaysia dan seluruh dunia. Saya setuju pandangan kartunis Ujang. Kita kena sensitif dengan perkara-perkara yang menimbulkan perselisihan agama. " Komen editor weblog ini Hj Mohd Hasyim.

Sila lihat artikel-artikel ini..
Dalam pada itu, kata Ujang, kartunis juga diharap melukis dan menyalurkan idea lukisan mereka berbentuk humor sosial dan kemasyarakatan.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat selain agama, mereka (kartunis) boleh melukis dan berjenaka mengenai kehidupan sehari-hari, budaya masyarakat dan pelbagai lagi dengan syarat tidak melanggar adab dan batas," tegasnya.

Pada 2012, Charlie Hebdo pernah menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem "The Innocence of Muslims" yang memperlekehkan agama Islam. Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.

Karikatur biadap itu disiarkan beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem "The Innocence of Muslims".

Ujang merupakan salah seorang kartunis senior negara dan mencipta nama di majalah 'Gila-Gila' dengan kartun 'Si Tenggang'. Ujang membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual antaranya seperti 'Aku Budak Minang', 'Jibam', 'Aca' dan 'Atuk'.

Arif Rafhan
Lukisan kartun hasil karya Arif Rafhan yang menggambarkan insiden serangan maut di ibu pejabat akhbar satirikal Charlie Hebdo di Perancis. - Arif Rafhan Othman

Sementara itu, dalam hal tersebut, editor weblog  ini berpendapat, antara tulisannya...

"Maruah Islam dan Nabinya perlu dijaga. Pernah berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Islam Al-Muktasim Billah… seorang wanita Islam sedang berniaga di negeri kafir ribuan kilometer jauhnya dari ibunegara, telah dijatuhkan maruahnya di khalayak ramai hingga terbuka auratnya..

Muslimah itu telah menjerit meminta perlindungan kepada Khalifah kerana maruahnya tercemar, maka Khalifah Islam itu sanggup menghantar satu angkatan tentera ke negeri bukan Islam tersebut untuk menghukum penjenayah, hanya kerana aurat seorang Muslimah! Apalagi Nabi kita, Nabi umat Islam, Nabi yang maksum telah dihina dan dijatuhkan maruahnya!

Ingat Rasulullah SAW juga pernah pertahankan maruah aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, sewaktu memerintah Madinah. Begitu juga zaman pemerintahan selepasnya.  Begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan maruah seorang Muslimah.  Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang sengaja diinjak-injak atau dipijak-dipijak."  (IH)

4 comments:

Anonymous said...

satu konspirasi?

1. cerdik ke bila dah buat jenayah tinggalkan nama dan alamat ditempat kejadian? biasa id card simpan dlm poket. ini tinggal dlm kereta. kereta pun kereta curi.

2. pegi rompak stesen minyak supaya org tau mana arah tujuan?

Nazim Mohd Nasir said...

Tun M dah menyebut kejadian di Paris adalah kebodohan kartunis itu sendiri. The simplest statement. ARROGANCE & IGNORANCE = MISGUIDED

Anonymous said...

Malam waktu msia yahudi kene serang kt peranchis...tk smpi 24jam nuar berahim kuar press statement kutuk serangan...tp mangsa banjir berhari2...baru nk kuar statement....syg dia kpd yahudi lbh kuay dr rakyat negara sendiri...tanyalah diri anda knp?

Anonymous said...

Asal mamat ni, gila sangat dengan anwar ibrahim ni, takde kene mengena dengan ini cerita, kalau dah tak tahan sangat miang tu, pergi je jumpe anwar minta hentam bontot kau tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails