Thursday, January 15, 2015

Restoran Lauk Tikus, Berhati-hati Kalau Ke S'pura.




KL: Sebuah restoran makanan Cina di Singapura, Hot-pot Culture telah digantung lesen selepas pelanggan memuat naik gambar bangkai tikus dalam masakannya di internet. Walaupun begitu pengunjung-pengunjung Malaysia ke sana perlu berhati-hati lagi untuk masa akan datang.

Dilaporkan, seorang pelanggan Caron Chan dan beberapa rakannya yang makan tengah hari di restoran itu terkejut melihat bangkai tikus itu di dalam bekas sayuran. Dia kemudian memuat naik gambar itu di laman Facebooknya dan ia menarik puluhan komen.

“Pekerja restoran itu terkejut melihat tikus itu, bagaimanapun saya tidak pasti sama ada pengurus restoran itu tahu apa yang berlaku,” kata Caron.

Kakitangan restoran itu kemudian menggantikan masakan itu dengan yang lain. Kekecohan berlaku kerana beberapa pelanggan dipercayai sudah memakan masakan berkenaan sebelum itu. Susulan itu, pegawai Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) memeriksa restoran di Dataran Marina itu dan memutuskan untuk menggantung lesen operasi premis itu sementara siasatan dijalankan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails