Friday, April 14, 2023

Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -kereta elektrik, & nuklear.

 


1. Kelantan perkenal Tek-C hibrid guna solar

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan penggunaan Tek-C hibrid (beca solar) menjelang 2024 sebagai salah satu usaha untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, penggunaan Tek-C hibrid merupakan pembaharuan baharu sektor pengangkutan beca tradisional.

Katanya, setakat ini Tek-C hibrid telah diperkenalkan di Bandar Kota Bharu yang merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong.

“Tujuan kita memperkenalkan Tek-C hibrid sebagai pembaharuan yang mana ramai pelancong dapat menggunakan pengangkutan tersebut untuk ke lokasi yang mahu lawati.

“Bagaimanapun, kita masih mengekalkan penggunaan beca tradisional yang mana menggunakan bateri,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan sara hidup kepada 17 penarik beca, di sini hari ini.

Md Anizam berharap penggunaan Tek-C hibrid dapat memberi manfaat terutama kepada pengayuh beca dalam usaha menjimatkan tenaga dan masa.

Penggunaan Tek-C hibrid boleh dicas selain menggunakan solar bagi menghidup dan menggerakan kenderaan tersebut. – HARAKAHDAILY 11/4/2023

2. Erdogan jadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran Türkiye 

Togg adalah model pertama kenderaan elektrik buatan Turki. - Foto AGENSI

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menjadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran negara itu semalam.

"Hari ini, kita menyaksikan impian 60 tahun negara kita direalisasikan.

"Togg adalah simbol kepada pembangunan teknologi, perkembangan ekonomi dan reputasi global negara kita," kata Erdogan pada majlis penyerahan SUV segmen-C kereta elektrik Togg di Ankara, lapor Xinhua.

Prototaip kereta itu telah diperkenalkan oleh Kumpulan Usahasama Automotif Turkiye (Togg) pada Disember 2019.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev turut menjadi antara pemilik terawal kereta elektrik keluaran negara itu.

Harga bagi model standard T10X bermula daripada 953,000 lira Turkiye (sekitar RM218,461) gga 1.05 juta lira, manakala model jarak jauh berharga hampir 1.22 juta lira, menurut statistik yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan 1 juta kereta dalam lima model berbeza menjelang 2030.

Türkiye menyasarkan untuk mengeksport kereta Togg dalam masa dua tahun. - BERNAMA-XINHUA 


3. Loji tenaga nuklear pertama Turkiye sedia beroperasi

Loji nuklear di Zaporizhzhia, selatan Ukraine, kawasan dikawal Russia. - Foto hiasan AF

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin mungkin berkunjung ke Türkiye pada 27 April untuk menghadiri majlis perasmian loji kuasa nuklear Akkuyu.

Dalam temu bual dengan saluran berita ATV-A Haber pada Rabu, Erdogan berkata, Putin mungkin hadir sendiri di Mersin atau hadir menerusi telesidang, lapor Xinhua.

Projek itu yang terletak di wilayah Mersin, di tenggara Turkiye, ialah loji nuklear pertama Türkiye.

Loji itu dijangka menghasilkan 35 bilion kilowatt-jam (kWj) elektrik setiap tahun dan akan memenuhi kira-kira 10 peratus keperluan elektrik tempatan.

Itu projek loji tenaga nuklear pertama di dunia yang dilaksanakan melalui model bina-milik-urus.

Mengikut kontrak, firma dari Russia, Rosatom menyediakan pelan reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan, operasi dan penugasan operasi loji jana kuasa itu. - BERNAMA-XINHUA 

Berita Berkaitan







Komen Weblog Ibnu HasyimJom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -kereta elektrik, & nuklear.

Sejarah membuktikan bahawa ilmu Islam telah melahirkan ramai manusia-manusia kreatif yang berjasa kepada dunia. Al-hamulillah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails