Saturday, April 15, 2023

Lagi, sial pusat hiburan.. Tugas khas baru polis.

 

Tangkap layar rakaman video tular kejadian pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Pudu. - NSTP/Ihsan pembaca

1. Polis cari individu gaduh depan pusat hiburan

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang bergaduh di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Pudu di sini, seperti dalam satu rakaman video yang tular, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan, berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan video berdurasi seminit 36 saat itu dimuat naik di Twitter oleh seorang pengguna.

"Hasil semakan mendapati polis masih belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berkaitan kejadian itu, setakat ini.

"Walau bagaimanapun, polis menjalankan siasatan dan risikan untuk mendapatkan maklumat individu yang terbabit dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk diminta untuk tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, Saralathan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video kejadian itu kerana boleh mendatangkan kegusaran awam.


2. Ada tugasan khas baru boleh masuk pusat hiburan 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim. - NSTP/Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Semua anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur tidak boleh masuk ke pusat hiburan kecuali jika mempunyai tugasan khas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata demikian susulan arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, yang melarang semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada mengunjungi pusat hiburan, judi dan maksiat bagi mengelakkan amalan rasuah.

Mazlan berkata, sebarang penugasan anggota di lokasi berkenaan hanya boleh dilakukan sekiranya mendapat arahan dan kelulusan khas secara bertulis daripada beliau atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Arahan (melarang anggota mengunjungi pusat hiburan) sudah lama. Sebelum itu lagi kita sudah ambil tindakan terhadap anggota (yang melanggar arahan).

“Bagaimanapun, kita ambil perhatian arahan KPN itu kerana Kuala Lumpur ini banyak pusat hiburan.

“Saya ingatkan kepada semua pegawai dan anggota jangan pergi kecuali jika ada urusan tugas khas intipan atau risikan (untuk mendapatkan maklumat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Abdul Hamid mengeluarkan arahan melarang semua pegawai dan anggota PDRM daripada mengunjungi pusat hiburan, judi dan maksiat.

Selain rasuah berbentuk wang tunai, Abdul Hamid berkata, segelintir polis di negara ini didapati leka dengan sogokan daripada tauke judi dan pusat hiburan.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, masyarakat kadangkala terkeliru dengan menyalah anggap bahawa kehadiran anggota polis di pusat hiburan adalah untuk berhibur tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka ke sana.

Katanya, ada ketika anggota ‘terpaksa’ masuk ke situ untuk membuat risikan dan intipan bagi mendapatkan maklumat sebelum sebarang operasi dibuat.

“Sebelum nak buat operasi mereka (anggota) mesti kena masuk ke sana (pusat hiburan), bersembang dengan pelayan pelanggan untuk dapatkan maklumat.

“Tetapi, mesti dapatkan kebenaran khas bertulis, baru boleh. Kena ada fail dan maklumat (mengenai operasi yang hendak dibuat.

“Kalau yang nak pergi berhibur memang tak dibenarkan. Itu yang kadangkala masyarakat keliru, salah faham,” katanya.

Katanya, tiada kompromi terhadap mana-mana anggota yang ditangkap ketika berhibur dan tindakan termasuk tatatertib diambil mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).


3. Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata 

Hanyan Ramlan (tengah) menunjukkan antara barangan yang dirampas dari suspek. - Astro AWANI

KEMAMAN: Dua pekerja pusat hiburan yang dipercayai terlibat melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Bandar Chukai, Kemaman diberkas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 pagi Khamis dalam dua tangkapan berasingan di sekitar Kemaman. 

Menurut Hanyan ketika kejadian pemilik kedai serbaneka tersebut sedang duduk di hadapan kedai bersama dua rakannya sebelum didatangi suspek yang menaiki bermotosikal kira-kira jam 1.45 pagi. 

Katanya kedua-dua suspek kemudiannya mengacukan senjata menyerupai pistol dan sebilah pisau ke arah mangsa sebelum melarikan wang dan barangan peribadi milik mangsa.

"Dalam kejadian ini, kerugian berjumlah hampir RM5,000, tiada kecederaan yang dilaporkan. 

"Saya nak nyatakan di sini kejayaan Task Force IPD berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh satu jam setengah, selepas kejadian berlaku, ini adalah bantuan daripada CCTV dan juga maklumat orang awam yang ketika itu berada di sekitar premis tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif metamfetamin selain turut mempunyai jenayah rekod lampau berkaitan rogol dan dadah.

Jelasnya suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Hanyan berkata dengan penahanan suspek terbabit dipercayai telah menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kes rompakan bersenjata berkumpulan di daerah itu sejak Oktober tahun lalu.

Komen Weblog Ibnu HasyimLagi, sial pusat hiburan.. Tugas khas baru polis.

Tahniah! Hasil susulan yang dikeluarkan oleh  Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, melarang semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada mengunjungi pusat hiburan, judi dan maksiat bagi mengelakkan amalan rasuah.

Syabas tuan, rakyat sokong. Insya Allah!

3 comments:

Anonymous said...

Dia kena saman sebab tutup kedai judi.
Geng crooket cari sebab.
Ikut depa judi pun ada halal ada haram.
Hukum rimba.

Anonymous said...

Tunggu sangat saman terhebat dalam dunia saman menyaman.
Selalunya dolly saman seteru politik.
Apa dia ingat dia sorang jer boleh menyaman.
Kali ni atok saman dolly.
Malu besaq kalau dolly terpaksa dan dipaksa minta maaf.
Lagi malu kalau kena bayar saman.

Jom tumbangkan pakatan hancing.

Anonymous said...

Kenapa Speaker merah telinga tiap kali perkataan "liwat" dilaungkan dalam dewan...

Arwah Kapal Sink kata "Anwar harus bertaubat"
Kalau tak buat liwat kenapa harus taubat..!?

Acap kali liwat dibangkitkan parlimen, Speaker tegur cubaan aibkan PM... Makin merah padam muka muka Rafizi Lim Guan Eng Mat Sabu..

Kalau "China doll" pulak disebut agak agak sapa yang merah muka..!!!??

Kalau liwat dah merah telinga..perkataan "AlJuburi" pulak kalau di sebut siapa yang terasa merah muka dan merah telinga...

Certeka certeka ahli Parlimen mana yang merah muka dan panas telinga..!!

Cer teka.. cer teka..!!

Kikikikiki...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails