Sunday, April 16, 2023

Lagi, mabuk! Puak jahil M'sia masih ikutan.. & Rogol remaja'

 

Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala beberapa lagi dimasukkan ke hospital selepas didakwa meminum alkohol beracun di negeri Bihar di timur India. - Foto AGENSI

1. 20 maut minum arak beracun di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala beberapa lagi dimasukkan ke hospital selepas didakwa meminum alkohol beracun di negeri Bihar di timur India, menurut laporan media tempatan.

Kematian dilaporkan dari beberapa kawasan di daerah Champaran Timur (Motihari), kira-kira 151 kilometer ke utara Patna, ibu kota Bihar.

Media tempatan melaporkan, sebuah tangki membawa arak palsu dibawa ke Motihari dan diedarkan kepada peniaga tempatan sehingga membawa kepada tragedi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal berkata beliau akan hadir di hadapan Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India yang memanggilnya dalam kes polisi minuman keras.

"Saya sudah menerima panggilan daripada CBI. Saya pasti akan menghormatinya," kata Kejriwal pada sidang akhbar bahawa beliau akan pergi ke agensi penyiasat utama itu hari ini.

CBI memfailkan kes dan sedang menyiasat Polisi Eksais Delhi yang dilancarkan pada November 2021, di mana lesen kedai arak diserahkan kepada pihak swasta.

Kejriwal berkata, dasar minuman keras yang sama dilaksanakan di Punjab oleh AAP dan menunjukkan peningkatan pendapatan sebanyak 50 peratus di lokasi terbabit.

"Dasar yang sama, yang mereka panggil rasuah diperkenalkan di Punjab dan menghasilkan peningkatan 50 peratus dalam hasil. Ia adalah dasar yang telus," katanya.

Manish Sisodia dan Satyendar Jain, dua pemimpin kanan AAP kini berada di penjara.

Sisodia ditahan pada Februari lalu atas tuduhan rasuah dalam kes polisi arak, manakala Jain ditahan pada Mei 2022 kerana pengubahan wang haram.

Bihar adalah negeri kering dengan penjualan dan pengambilan minuman keras diharamkan selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, arak haram dari negeri jiran mudah didapati di negeri ini. - AGENSI


2. Polis kesan doktor wanita bantu siasatan kes rogol remaja 

Gambar hiasan

HULU SELANGOR: Seorang doktor wanita dikesan bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol melibatkan seorang remaja pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, doktor berkenaan sebelum itu telah menghubungi polis kira-kira jam 4.40 petang memaklumkan remaja berumur 16 tahun yang hadir ke klinik di Jitra, Kedah.

"Individu berkenaan yang bekerja sebagai doktor di klinik tersebut memaklumkan pesakitnya itu mengadu sakit perut, loya dan tidak datang bulan.

"Remaja tersebut memaklumkan kepada doktor tersebut bahawa dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu tidak mengandung," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan mendapati wanita tersebut merupakan saksi penting dalam kes ini.

"Remaja tersebut memaklumkan kepada doktor tersebut bahawa dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu tidak mengandung," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan mendapati wanita tersebut merupakan saksi penting dalam kes ini.

"Wanita ini adalah doktor yang bertugas semasa menerima dan memeriksa remaja tersebut.

"Beliau diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Jenayah iaitu Inspektor Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222," katanya. - Sinar Harian   


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, mabuk! Puak jahil M'sia masih ikutan..  & Rogol remaja'

Siapa puak jahil Malaysia yang masih ikut-ikutan puak jahiliah purbakala? Mereka itulah parti atau kumpulan yang menentang perbaikan yang dibawa oleh Islam di negara umat Islam sendiri di sini.

Tolaklah mereka dan kembalikanlah Islam, sebagai agama di nusantara ini. 

Allahu akbar!


Perhatian

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN

(i)Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...  (ii) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!(iii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S...

6 comments:

Anonymous said...

Asas penubuhan pun tak betul.
Pintu belakang dengan tiada sd.
Ada hoi hoi ya hoi. Siap ciplak lagu legend penyamun.
Menterinya menteri 47 kes.
BMnya suka lewat.
Ada parti yang create islamofobia.
Perpaduan yang mantop busuk guys.

Implikasi kapada rakyat, dapat gelar rakyat hoi hoi ya hoi.
Kerana kerajaan hoi hoi ya hoi.
Mohon simpang.

Anonymous said...

Tak rebut jawatan.
Jawatan presiden dan timbalan tak boleh dipertandingkan.
Cer buka pada pertandingan.
Pasti 47 kes tumbang.
Mat asan pun tumbang.
Akar umbi meluat.

Anonymous said...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat dan kediaman Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Ahad bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Difahamkan, penggeledahan terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperolehi Sivakumar.

Menurut sumber, penggeledahan itu dilakukan SPRM sebaik sahaja keterangan menteri itu diambil pada hari sama bagi mendapatkan bukti-bukti.

Anonymous said...

Kah kah kah

Walaun plak yang mengelabah bila orang perpaduan kena check sprm

Mengelabah sbb kerajaan perpaduaan serius ttng rasuah x kira kawan atau lawan. PN x berani buat mcm tu. Lagi2 sama2 termakan hasil kejayaan dr pau wibawa.

Menyerlah kehebatan DSAI

Anonymous said...

Buang dulu walanun 47 kes dari kerajaan. Ada brani ker.

Anonymous said...

Wak kaki bohong. Dolly pun sama. Sekarang anak buah siva pun buat kerja yang sama.
Once corrupt, forever corrupt.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails