Thursday, January 16, 2014

Sogok,16 Dipenjara 1 Hari. Murid Kencing Berdiri?

16 dipenjara sehari mengaku sogok
Johor Bahru: Seramai 16 lelaki berusia antara 26 hingga 58 tahun termasuk lima warga Singapura dipenjara selama sehari dan didenda selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada kakitangan awam di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, semalam.

Warga Singapura Neo Eng Huat, 38, yang bekerja sebagai pengurus binaan adalah individu yang menawarkan suapan paling rendah iaitu RM50, manakala seorang peniaga tempatan Yong Hock Pen, 55, menawarkan suapan tertinggi iaitu sebanyak RM1,000. Neo didakwa pada jam 5.22 petang pada 20 Oktober 2013, bertempat di Kilometer 17.7, Lebuhraya Linkedua dengan memberi suapan kepada Konstabel Mohd Ariff Johari Mohd Zulkipli yang bertugas di Cawangan Trafik Bukit Aman.

Mohd Ariff tidak membuat sesuatu yang berhubung dengan prinsipalnya iaitu tidak mengeluarkan saman kerana kesalahan memandu melebihi had laju. Yong pula didakwa melakukan kesalahan berkenaan jam 7.55 pagi pada 15 November 2013 di laluan masuk kenderaan dari Singapura ke Kompleks Sultan Abu Bakar di Linkedua, Gelang Patah.

Dia didakwa memberi suapan kepada Ketua Penguat Kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan Johor Bahru Azmadi Mat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Tertuduh lain adalah Salunke Chetan Vijay, 33; Md Mamun Khan, 36; Lee Khoon Hoe, 58; R Isvar, 38; Tan Kwee Leong, 32; Tan Toh Seng, 54; Goh Min Han Ivan, 37; N Ramakrishna, 36; Chong Teck Min, 57; Nickson Khoo@Khoo Lian Son, 45; Tio Chin Kwan, 44; C Kannan, 26, Chin Wan Fah, 41 dan R Ramanathan, 27. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sogok. Benarkah apabila guru kencing berdiri murid kencing berlari? Atau murid baru kencing berdiri, sedangkan gurunya kencing sambil berlari pecut, tak dapat nak kejar?

1 comment:

Unknown said...

geragau je tu ... killer whales terlepas ke mana ...??? ... mana berani, nanti digigitnya putus kepala..... kah..kah...kung...!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails