Monday, January 13, 2014

Selagi Ada Pusat Maksiat... GRO

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan puluhan sindiket pemerdagangan orang yang aktif ke luar negara mencari penduduk tempatan untuk direkrut menjadi orang tengah bagi membantu mereka ‘menjerat’ gadis-gadis miskin untuk dilacurkan di negara ini.

Klang: Seorang gadis warga asing berusia 17 tahun yang dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO) diselamatkan sepasukan anggota polis dalam satu serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Gadis berkenaan ditemui dalam sebuah pusat karaoke di Bandar Botanik, di sini, selepas pasukan berkenaan melakukan serbuan di dua premis berasingan sekitar kawasan itu yang berakhir awal pagi semalam.
Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, operasi dijalankan berdasarkan risikan pihaknya dengan dibantu Pasukan Cantas Khas Wanita diketuai Inspektor Ainy Rohaiza Ahmad Rakli.

“Serbuan pertama dijalankan di sebuah kafe di Jalan Kasuarina, di sini, membabitkan penahanan lima GRO warga asing dan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis bersama dua lelaki warga asing masing-masing dari Nepal dan Pakistan bekerja sebagai pengawal,” katanya.
“Dalam serbuan itu kita turut merampas peralatan audio, cakera padat dan juga wang tunai RM420 dari premis berkenaan selepas mendapati pemiliknya menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya.

Rohan berkata, serbuan kedua dijalankan di sebuah pusat karaoke yang terletak sederet dengan premis berkenaan dan dalam serbuan itu, seramai lima wanita warga Vietnam bersama seorang remaja tempatan berusia 17 tahun ditahan. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Membunuh gagak di pelabuhan Kelang tidak akan selesai selagi pusat kotoran pembiakan gagak tidak dihapus dan dimusnahkan. Begitu juga dalam penghapusan najis maksiat di negara ini, selagi pusat penularan dan kegiatannya masih dipupuk, dibelai undang-undang selagi itulah maksiat tidak akan hapus.

Contohnya wujud pusat hiburan, sebenar tempat maksiat bukan untuk berhibur, hard rock cafe dan lain-lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails